HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 Januari 2014

KJ boleh jadi selebriti politik, sembunyi tekanan Anwar sertai DUN Selangor

Oleh : NURUL FARINA NAZLAN


SHAH ALAM: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dilihat tidak dapat menyembunyikan tekanan dengan langkah politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan, berkata PKR melalui sokongan PAS dan DAP bersetuju meletakkan Anwar sebagai calon atas semangat Pakatan Rakyat (PR) selepas perletakan jawatan Lee Chin Cheh.

Katanya, reaksi Khairy yang memperolokkan Anwar adalah sebahagian daripada usaha Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mengalihkan perhatian rakyat berkenaan politik Selangor, selain tekanan awal oleh pimpinan parti itu terhadap PR.

Adun kapar G Manivanan“Umno-BN cuba membina persepsi negatif atas pencalonan Anwar melalui laman Twitter dan media sosial lain dalam usaha menolak hakikat parti itu sudah tidak relevan lagi di Selangor.

“Memang wujud tekanan dan persepsi berbeza atas pencalonan ini, namun Anwar mengambil langkah progresif dan berani selepas meneliti keperluan dan permintaan untuk menyediakan perkhidmatan lebih efektif kepada rakyat sebagai persediaan Selangor menjadi model pentadbiran di Putrajaya kelak,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

anwar-gst
Manivanan berkata, Anwar dan PKR komited dengan janji untuk sebuah pentadbiran yang lebih telus dan berani walaupun berdepan kritikan dan teguran.

Katanya, PKR menerima baik perbezaan pendapat antara komponen PR dan yakin bahawa hubungan itu sangat erat serta tidak mudah goyah ekoran satu lagi cubaan politik baru.

“Saya menyedari wujud usaha menggeserkan hubungan erat dalam PR, namun meyakini bahawa setia kawan yang terbina sejak penggal lalu akan menjadi sandaran untuk bersama menempuh, sekali gus meningkatkan kembali pemahaman dan keyakinan rakyat terhadap matlamat kami.

“Kami tidak akan layu dek kerana label dan momokan kosong yang menjadi acahan Umno-BN bagi mengalih isu semasa.
Khairy juga selaku Ketua Pemuda Umno dan Menteri Belia Sukan tidak harus ghairah menjadi populis dalam keadaan pentadbiran pusat lebih tenat dengan melupakan kepentingan serta kebajikan rakyat.

“Khairy boleh memilih untuk menghiburkan pengikutnya di laman sosial dan menjadi selebriti politik, tetapi jangan sesekali cuba menyembunyikan tekanan dan keresahan dengan penyertaan Anwar ke Selangor dan saya yakin Umno-BN akan cuba menyerang peribadi calon PR,” katanya.

Tiada ulasan: