Azuan Ab Rahman
KUALA LUMPUR : Pendakwaan keatas tiga aktivis yang menyertai himpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) adalah pendakwaan terpilih, berniat jahat serta berat sebelah kata peguam Eric Paulsen.
“Pendakwaan terhadap ketiga-tiga mereka dilihat prejudis, terpilih, berniat jahat dan berat sebelah,” kata Eric kepada Keadilandaily.
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau CheguBard, pengarah propaganda NGO itu, Edy Noor Reduan dan pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia akan didakwa di mahkamah Seksyen Kuala Lumpur di Jalan Duta jam 9 pagi esok.
Ketiga-tiga mereka akan didakwa dibawah seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman kerana gagal memaklumkan kepada pihak berkuasa polis berhubung satu perhimpunan yang dianjurkan mereka di Dataran Merdeka pada malam ambang tahun baru 2014.
Menurut Eric, Akta tersebut sejak diluluskan seringkali digunakan secara salah terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan golongan mahasiswa.
Namun katanya, Eric pihak berkuasa tidak mengambil tindakan keatas sekumpulan penyokong Umno yang berhimpun dan menimbulkan kekecohan dalam satu himpunan di Pulau Pinang baru-baru ini walaupun telah melanggar akta serupa.
“Ini bukti jelas bahawa Akta tersebut digunakan secara salah.
“Kita lihat akta ini sering digunakan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan mahasiswa.
“Namun jika pelanggaran ini dibuat oleh Umno atau Perkasa, tiada tindakkan serupa diambil,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan