THE MALAYSIAN INSIDER
Kebanyakan di kalangan kita hilang tumpuan dan keliru mengenai asal
kewujudan permasalahan kalimah Allah kerana ia berlarutan daripada satu
"drama" ke "drama" yang lain.
Maka, saya ingin berkongsi pandangan saya mengenai asal usul berlakunya
kontroversi kalimah Allah di negara ini. Hal ini penting kerana
sesetengah jalan penyelesaian yang sedang beredar di laman internet,
yang dicadangkan bagi masyarakat Kristian, adalah tidak adil serta tidak
masuk akal.
Sebagai contohnya, ada yang menggunakan petikan Bible daripada Isa dan
menggesa Kristian untuk "memalingkan pipi ke arah lain" (turn the other
cheek) bila tersinggung. Dalam maksud lain, penganut Kristian di negara
ini digesa untuk berundur dan tidak berkonfrontasi dalam isu ini sebagai
mengikut contoh Isa.
Masalahnya, masyarakat Kristian tidak tersinggung pun, tetapi terdapat
perkara penting yang perlu kita lihat berkenaan masyarakat Kristian yang
digesa untuk bersabar demi memelihara keamanan dan kestabilan negara;
atau 'menundukkan kepala, walaupun sedikit'.
Masyarakat Kristian sememangnya "memaling pipi ke arah lain”. Sebagai
contoh, demostrasi oleh Umno dan penyokongnya di luar makamah di
Putrajaya dan di tempat lain, serta ancaman mengadakan demostrasi mega
pada masa depan, road show anjuran Umno untuk 'menerangkan kebenaran isu
kalimah Allah kepada umat Islam' dan mereka sewenang-wenangnya menuduh
seorang Kristian – Paderi Lawrence Andrew (walhal semua Kristian berdiri
teguh di bawah perlembagaan negara ini dalam hak kebebasan beragama).
Contoh lain ialah ancaman membakar Alkitab, pelbagai tuduhan tidak
berasas dilempar, laporan polis dan ancaman penyokong Umno, menggunakan
kesempatan isu kalimah Allah untuk memburukkan pihak pembangkang serta
membuat tuduhan melulu kononnya masyarakat Kristian ingin menukar
Malaysia menjadi negara Kristian dan membakar patung dan foto muka
Paderi Lawrence Andrew.
Dalam masa dua tahun, tiada ada satu pun tindakan balas yang melulu daripada masyarakat Kristian.
Paling tidak, Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) dan ketua-ketua
Gereja di Sabah dan Sarawak mengeluarkan beberapa kenyataan berhubung
isu ini. Maka, masyarakat Kristian sememangnya bersabar dan "memaling
pipi ke arah lain" demi memelihara keamanan antara agama yang merupakan
ajaran termulia dalam agama Kristian, serta memelihara keharmonian
negara kita.
Secara jujurnya, kata-kata Muhammad Tajuddin berkenaan "menjaga
keselamatan" masyarakat Kristian di negara ini menunjukkan bahawa betapa
bahayanya ancaman yang dihadapai oleh masyarakat Kristian di Malaysia.
Tanpa sebarang tindakan balas selain rayuan untuk kekal bersabar,
bersikap rasional, dan berdoa untuk kedamaian.
Mahatma Gandhi dan Martin Luther King Jr diangkat oleh Muhammad
Tajuddin sebagai contoh "memaling pipi ke arah lain" kerana menerima
ketidakadilan secara aman: namun begitu tiada satu pun daripada tokoh
keamanan ini "memaling pipi ke arah lain". Bahkan, mereka mengajar
masyarakat dunia makna bantahan awam (civil disobedience) dan mengadakan
protes terhadap ketidakadilan dengan melakukan perkara yang diharamkan,
tetapi bukan dengan keganasan - terhadap kerajaan colonial (Gandhi),
dan terhadap undang-undang yang tidak adil (undang-undang pengasingan -
Martin Luther King).
Martin Luther King mengadakan protes dengan menduduki ruangan tempat
duduk bas, restoran dan sebagainya untuk "Orang Putih Sahaja"). Contoh
lain: Rakyat kulit hitam Amerika Syarikat berjalan beramai-ramai untuk
protes secara aman. Mereka langsung tidak berundur atau berdiam diri
menerima keadaan pengasingan kaum pada masa itu, dan "memaling pipi ke
arah lain".
4. Ramai rakyat Malaysia terus mencadangkan agar orang Kristian
menggunakan perkataan 'Tuhan' dan bukan Allah. Fakta kajian daripada CFM
(ditulis dalam tiga bahasa) yang boleh didapati dengan meluas di semua
media atas talian dan dari pejabat CFM, menjelaskan dengan lebih
terperinci berkenaan isu ini dan isu lain yang berkaitan. Realitinya,
Alkitab diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu sejak empat abad lalu,
menggunakan kedua-dua perkataan Tuhan dan Allah.
Dalam petikan di mana Tuhan merujuk kepada diri-Nya sebagai "Tuhan",
ayatnya berbunyi, " Saya adalah Tuhan dan Allah Kamu" (I am your Lord
and your God). Maka dengan menggantikan Allah dengan 'Tuhan ' bermakna
menulis "Saya adalah Tuhan dan Tuhan Kamu", secara tidak langsung akan
menjadikan Kristian musyrik, hal ini kerana orang Kristian adalah
beragama tauhid sebagaimana orang Islam. Berkenaan dengan teologi
Triniti, seperti yang difahami oleh orang Islam, Allah hanya merupakan
rujukan linguistik bagi makna Tuhan dalam bahasa, budaya dan sempadan
geografi daripada tiga agama Ibrahim. Agama Kristian wujud sebelum
Islam.
Sejak berabad lagi, masyarakat Kristian yang bertutur dalam bahasa
Melayu dalam kehidupan seharian mereka membentuk 64% daripada jumlah
keseluruhan penganut Kristian di Malaysia, malah mereka hanya mempunyai
bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar mereka. Mereka juga menggunakan
kalimah Allah tanpa sebarang gangguan sehingga baru-baru ini.
Jika apa yang diinginkan oleh orang Kristian adalah untuk mengekalkan
hak asal mereka menggunakan Allah sejak turun temurun, mengapa perlu
Kristian melepaskan hak asal mereka dan bertolak-ansur? Sesungguhnya
mereka yang ingin mengganggu hak penggunaan Allah oleh masyarakat
Kristian yang sepatutnya perlu bertolak ansur. Sememangnya itulah
tanggungjawab mereka yang membuka isu ini.
Siapakah yang sengaja ingin mengganggu hak asal tersebut? Ia adalah
pihak berkuasa agama iaitu dengan mengharamkan penggunaan perkataan
Allah dan termasuk juga perkataan lain seperti Haji dan surau oleh orang
bukan Islam.
Bekas Menteri Negeri Dalam Negeri memutuskan bahawa sebuah majalah
Gereja Katolik (Herald) yang diedarkan di kalangan penganut Katolik yang
melanggani majalah tersebut sahaja, tidak boleh menggunakan kalimah
Allah dalam seksyen Herald dalam bahasa Melayu, kerana Herald diedarkan
di Sabah dan Sarawak. Ini adalah asal usul isu Allah, tetapi fakta isu
ini langsung tidak disiarkan kepada semua, terutama bagi orang Islam.
Selepas bertahun-tahun melakukan pelbagai rundingan, rayuan,
melampirkan bukti dan sebagai secara tertutup; gereja Katolik akhirnya
menemui jalan buntu. Mereka tidak mempunyai pilihan tetapi untuk
mengambil tindakan undang-undang terhadap menteri dalam negeri, mahkamah
atas pengharaman penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat Kristian.
Jalan terakhir ini adalah rekursa yang logik dan muktamad bagi
warganegara Malaysia yang dilindungi oleh perjanjian Perlembagaan
termasuk kebebasan beragama dan kebebasan untuk mengurus hal ehwal agama
seseorang. Maka, bukan orang Kristian yang memulakan konflik isu Allah
ini.
Gereja Katolik menjadi mangsa pertama di mana Kementerian Dalam Megeri
memilih untuk 'mengharamkan' penerbitan majalah mereka – namun,
kementerian tersebut boleh sahaja memilih untuk mengharamkan mana-mana
penerbitan Kristian yang lain.
Oleh itu, perjuangan untuk mengekalkan hak asal penggunaan kalimah
Allah bagi 64% Kristian di Malaysia adalah perjuangan untuk semua orang
Kristian. Ini bukan lagi perjuangan Gereja Katolik dan Paderi Lawrence
Andrew, seorang paderi Katolik Jesuit dan editor Herald. Beliau juga
bukan seorang yang berniat jahat seperti yang diwar-warkan oleh
sesetengah pihak.
Tidak terdapat di mana-mana dalam upacara sembahyang Kristian Malaysia
atau di dalam Alkitab bahasa Inggeris, Tamil atau Cina, di mana kalimah
Allah muncul, dan orang Kristian tidak mempunyai niat untuk menukar
perkataan Tuhan kepada Allah di dalam AlKitab.
Tuduhan yang disebarkan dalam laman sesawang ini adalah salah satu
pembohongan besar, bahkan ditambah pula dengan adendum bahawa orang
Kristian kini cuba untuk merampas 'hak' keistimewaan Melayu dan Islam -
sebuah isu 'sensitif' bagi mereka yang memperjuangkan 'ketuanan Melayu'.
Ini termasuk pembohongan lain bahawa Kristian mahu menggunakan kalimah
Allah untuk 'mengelirukan' dan ' memurtadkan' umat Islam. Semakin ramai
umat Islam sendiri juga mempersoalkan: Adakah kepercayaan mereka begitu
lemah? Jadi mereka mudah berubah?
Sejak Mahkamah Rayuan memberi penghakiman bahawa Kristian diharamkan
daripada menggunakan kalimah Allah, ulama Islam seluruh dunia (dan di
Malaysia) - semua bersepakat tidak bersetuju dan mencemuh tindakan
pengharaman tersebut, mereka juga "berasa aib" terhadap versi Islam di
Malaysia yang menjadikan kalimah Allah sebagai perkataan eksklusif bagi
orang Islam sahaja (petikan ini dipaparkan dalam media alternatif).
Dalam pada itu, media daripada negara-negara Islam mentertawa serta
mengkritik Malaysia - dari Timur Tengah; dan Turki, Pakistan, termasuk
juga jiran kita Indonesia yang merupakan negara Islam terbesar di dunia.
Dalam akhbar Jakarta Post terpampang tajuk "Sejak bila orang Islam
memiliki Tuhan?". Akhbar tersebut membuat kesimpulan sebagaimana orang
Kristian di Malaysia simpulkan bahawa kalimah Allah hanya satu rujukan
linguistik bagi perkataan Tuhan. Ia tidak mendatangkan apa-apa masalah
besar kepada sesiapa pun.
Orang Kristian adalah masyarakat yang mencintai keamanan dan tidak
sesekali bertindak secara melulu. Kami tidak ingin memberi tindakan
balas atau meminta pihak yang menentang orang Kristian dalam isu ini
untuk berundur.
Kita hanya ingin meminta kembalikan Malaysia kepada sedia kala yang
aman damai. Namun, isu ini dikacau-bilaukan dan kemudian dimanipuasi,
diputar belik dan kini diancam dan dikeji sebagai agenda bagi
menjatuhkan Islam. Keindahan agama dan dunia Islam kini digunakan
sebagai alat untuk agenda tertentu - termasuk agenda politik. Islam
tidak akan terselamat dan menjadi salah satu agama yang paling pesat
berkembang di dalam dunia jika umatnya begitu mudah dimanipulasikan,
'keliru' dan 'dimurtadkan'.
Tidak ada ayat dalam Al-Quran yang menyatakan bahawa orang Kristian
tidak boleh menggunakan kalimah Allah. Orang Kristian digambarkan
sebagai Ahli Kitab dan yang mempunyai hubungan paling erat dengan umat
Islam. Sememangnya, terdapat dua jenis petikan di dalam Al-Quran
mengenai Kristian dan Yahudi - ayat yang berbentuk positif (boleh
ditemui dengan banyak dalam Al-Quran); dan ayat berbentuk negatif
(kurang ditemui dalam Al-Quran).
Teori naskh atau pembatalan ayat positif tidak pula diberi perhatian di
sini. Naskh selalunya digunakan sebahagian besarnya untuk isu fiqh
kerana perundangan Syariah adalah dipetik daripada al-Quran. Namun, ayat
yang tertakluk kepada naskh dikurangkan daripada 270 ayat kepada
kira-kira 20 ayat sahaja. Tiada satu pun daripada ayat yang berbentuk
positif berkenaan Kristian yang dimansuhkan .
Saya menulis semua ini dengan harapan untuk menjernihkan isu ini dan
membuka ruang pemikiran yang rasional terhadap isu ini, sebelum ia
menjadi tidak terkawal dan membahayakan masyarakat negara ini -
kebanyakannya melalui taktik manipulasi, penipuan, kejahilan akal, dan
kepentingan politik.
Saya menulis ruangan ini berdasarkan rasa hormat yang tinggi terhadap
Islam, sebuah agama aman, yang sayangnya diputarbelitkan dan difitnah
dalam konflik isu kalimah Allah ini dan secara tidak langsung mengganggu
kestabilan dan keamanan sekian lama bagi masyarakat Kristian di negara
ini.
* Penulis adalah pembaca The Malaysian Insider.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan