HALAMAN SANTAI

Khamis, 30 Januari 2014

Mahasiswa KEADILAN sokong reformasi pentadbiran negeri

KEADILAN DAILY

mahasiswa_keadilan
KUALA LUMPUR : Peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang, Lee Chin Cheh dan pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon kerusi DUN Kajang mengundang reaksi yang pelbagai daripada masyarakat awam.

Mahasiswa KEADILAN dalam kenyataannya berpendapat, pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah langkah yang signifikan untuk meneruskan usaha reformasi di Negeri Selangor.

“Mahasiswa KEADILAN berkongsi sentimen rakyat Selangor yang mahu usaha reformasi kerajaan negeri dipertingkatkan bagi menyelesaikan masalah rakyat dibawah,” kata Presiden Mahasiswa KEADILAN Malaysia, Haziq Abdul Aziz.

Kata Haziq, pentadbiran yang melibatkan proses birokrasi dengan agensi kerajaan negeri perlu dipertingkatkan kualitinya supaya lebih efisien, manakala hasil negeri perlu diagih secara saksama untuk dinikmati oleh rakyat Selangor.

“Kecekapan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) harus terus ditingkatkan untuk menyelesai masalah rakyat seperti kutipan sampah pukal, lesen perniagaan dan lain-lain.

“Sememangnya reformasi sistem adalah agenda utama KEADILAN sejak penubuhannya lagi.
“Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim di DUN Selangor pasti merancakkan lagi usaha reformasi,” katanya.

Tiada ulasan: