HALAMAN SANTAI

Jumaat, 31 Januari 2014

Niat jahat untuk melemahkan PAS



Oleh SELENA TAY 


SEMAKIN tinggi harga barang naik, semakin menyerlah kelemahan musuh PAS. Kini rakyat sudah nampak bahawa kenaikan harga barang memang tidak boleh dikawal lagi.

Justeru, langkah yang boleh diambil oleh pihak musuh ialah untuk melemahkan pihak yang mempunyai keupayaan untuk memberi saingan kepadanya, iaitu PAS.

Itulah sebabnya mengapa kini timbul isu agama. Namun demikian, langkah bijak yang boleh dilakukan oleh PAS ialah sama ada berhujah mengikut ajaran Islam ataupun mendiamkan diri. Yang penting ialah PAS jangan terperangkap dalam polemik  ciptaan pihak musuh.

Biar mereka main 'game' mereka. Setelah beberapa pusingan 'game' ini berlangsung, akhirnya isu kenaikan harga barang pasti akan timbul kembali juga apatah lagi kerana akan ada kenaikan-kenaikan yang seterusnya.

Sudah amat jelas bahawa kewujudan isu-isu 'hangat' rekaan pihak musuh adalah untuk menutup isu kenaikan harga barang serta kegagalan mereka menyelesaikan masalah kos sara hidup yang semakin meningkat.

Pihak musuh kini cuba memesongkan perhatian rakyat kepada isu yang lain kerana takut rakyat akan marah dengan pentadbiran mereka yang lembap yang jelas telah berada dalam tahap 'kangkung layu'.

Tiada ulasan: