SHAH ALAM : Selangor perlu dijelmakan sebagai ‘launchpad’ kepada Pakatan Rakyat (PR) bagi menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
” Istanbul menjadi ‘launchpad’ kepada Erdogan dan Jakarta kepada Jokowi, Selangor juga mampu menjadi ‘launchpad’ yang baik kepada PR untuk mengambil alih Putrajaya.
“Saya juga berharap supaya langkah yang diambil ini akan menjadi titik tolak kita untuk melangkah ke Putrajaya.,” katanya sambil berharap, saat sukar yang digelarnya sebagai Kajang Move itu, akan dikenang apabila Putrajaya, ditawan kelak.
Semalam, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dikosongkan Lee Chin Cheh, pada 27 Januari lalu.
Pencalonan itu mendapat restu pimpinan atasan PAS dan DAP yang berjanji membantu kemenangan lebih besar di Kajang.
Dalam artikel sama, Rafizi berkata, pendekatan lebih radikal perlu untuk menyelesaikan beberapa isu, selain meneruskan pentadbiran telus dan berintegriti amalan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau mahu pelan pembangunan rumah mampu milik lebih rancak, pelan pembangunan sumber air lebih tegas, selain melindungi hak minoriti di negeri itu yang sering diserang Umno.
“Saya percaya kita mampu melakukan lebih lagi berhubung tahap kebersihan dan kehidupan lebih baik demi kesejahteraan rakyat,” katanya.
Pada masa sama, Rafizi menyatakan penghargaan kepada pimpinan rakan komponen DAP dan PAS yang begitu memahami percaturan itu.-NFN FZL-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan