sakmongkol.blogspot
Bila
bahtera tidak ada nakhoda, haluan nya tak tentu hala. Bila negara tidak ada
pemimpin, negara huru hara dan kacau bilau. Lihat dikeliling kita. Akibat boros
berbelanja, negara kehabisan wang. Kerajaan naikkan cukai untuk menampung kos
birokrasi dan mendanai projek2 kroni. Itu sahaja rahsia nya, cukai naik, belanja
keatas kebajikan ditarik balik supaya kerajaan ada wang untuk belanja yang
bukan2. Kos hidup naik dicerminkan oleh kenaikan harga hampir semua barang keperluan.
Pakaian, perumahan dan bahan makanan.
Keadaan
masyarakat huru hara. Melayu digambarkan sebagai diancam oleh musuh sana dan
sini maka sasaran kemarahan orang Melayu ialah orang bukan Melayu. Ada puak
pelampau dalam agama. Tidak cukup dengan menuduh orang berfaham syiah, hari ini
Zahid Hamidi hendak mengujudkan polis syarie. Adakah mereka akan mempolisi
perlakuan rakyat dan dibenarkan masuk kedalam rumah? Masyarakat berpecah belah
dan dianjur berkelahi. Para pemimpin hidup dalam serba serbi kemewahan, rakyat
menanggung derita.
Inilah
akibat kalau kita membenarkan orang2 bodoh naik dan jadi pemimpin. Mereka akan
memaksa keatas kita, keterbatasan dan kekurangan yang ada pada diri mereka. Pendidikan
terhad, pembacaan kurang, pergaulan terbatas, pengalaman sempit- semua
kekurangan ini dikenakan keatas masyarakat. Mundurlah masyarakat yang dipimpin
nya jika demikian. Kalau orang bertanya saya mengapa bangsa Melayu agak mundur,
jawapan saya ialah lihat dan kaji kualiti pemimpin mereka.
Saya
hendak beritahu pemimpin kerajaan, tugas pemimpin disetiap lapisan termasuk
mendidik masyarakat dengan pencerahan. Bahwa dalam kehidupan ini ada standard2
tinggi yang harus diterapi, bukan berselaput dengan comot daki dan kesempitan
pengalaman pemimpin bodoh.
Lihat
kepada pimpinan Dato Najib. Sejak dahulu lagi saya sudah nyatakan- cara Najib menyelesaikan masaalah
ialah dengan membayar jalan keluar. Bukan mahu laksanakan dasar kebajikan yang
menyeluruh dan berjangka masa panjang- bahkan setiap kebaikan yang diberi
kepada rakyat mahu ditonjolkan sebagai cerminan ehsan dan baik hati kerajaan dan diri. Ini
bukan suatu langkah yang memerdekakan minda rakyat melainkan menjiwa-hambakan
mereka.Najib mahu dipuja seperti dewa.
Setiap
isiu besar yang Najib depani, didahului dengan pemberian rasuah dan tumbuk
rusuk. Lihat sahajalah dahulu ketika merasuah para peneroka dengan RM15,000
seorang, dia mengharamjadahkan sesetengah peneroka. Kemana RM15,000 itu membawa
peneroka?Ianya membawa peneroka Felda kearah neraka dunia.
Elok
kita mengaku sahajalah-dikalangan warga Felda tidak ada setiakawan. Sebahagian tidak
buat apa2 bila melihat sebahagian yang lain diharamjadahkan. Ini lah yang UMNO
lakukan- memecahbelahkan perpaduan dikalangan peneroka. Saya menyeru warga
Felda atas nama setiakawan warga felda, bersatulah menentang pihak yang
menindas. Kamu tidak akan hilang apa apa kecuali rantai belenggu sang penindas.
Hari
ini akhirnya 112,635 peneroka hanya ada tanah 10 ekar yang semakin hari semakin
mengecil sebab tanah tersebut dikongsi antara anak2. Jika mereka membeli
sedikit saham FGV, harga nya hari ini RM4.50 kurang dari harga terbitan awal. Segala
harta milik Felda Holdings seperti kilang pemerah sawit, kilang penapis, lori
pengangkutan, bangunan semua nya digadai kepada FGV. Termasuk 360,000 hektar
tanah Felda Holidngs dengan bayaran yang 40% bawah pasaran selama 99 tahun. 360,000
hektar yang boleh mencipta hampir 89,000 peneroka baru terlepas dari tangan
peneroka. 360,000 hektar yang sepatutna sudah menempatkan peneroka sejak mula
lagi.
Berapa
billion yang felda dapat dari penyenaraian FGV setelah RM5 bilion diberi kepada
jabatan PM penjaga Felda? Dari bahagian Felda, berapa Felda bayar ke EPF? Dari baki
setelah bayar hutang berapa yang diperolehi oleh peneroka melalui pegangan
mereka dalam Felda Holdings? Berapa yang didapati oleh 220,000 pencarum saham
Felda Holdings? Kita belum tahu berapa
banyak, sebab harta peneroka sudah dirompak penyamun2 dan transaksi dilakukan
dalam suasana rahsia.
Februari
ini Najib akan bayar BR1M #3. Hampir 8 juta orang akan dapat pemberian purata
RM550 seorang. Kerajaan Najib akan berbelanja sekitar RM4.4 billion lagi. Lagi berjuta
untuk mendiamkan rakyat yang resah. Berapa lama bayaran2 ini boleh
menyelesaikan masaalah? Mungkin untuk sebentar ia meminjamkan kepada Najib
nyawa politik nya. ini menujukkan Najib sudah bengkrap wawasan bagaimana
mengangkat martabat rakyat.
Apa
yang terjadi kepada negara ini?
Masaalah
pokok negara kita sebenarnya ialah kes
tidak berkepiminan. Our country is leaderless. Our ship of state is rudderless.
Apakah pilihan kepada rakyat? langkah pertama ialah mencari pemimpin negara.
Semakin
hari, semakin rakyat memerlukan kuasa ke3 untuk tampil menyatukan kumpulan
politk yang mahukan suatu Malaysia yang baru. Rakyat yang berbilang bangsa
berhak mendapat pemerintah yang lebih baik. Pemerintahan yang demikian hanya boleh
dibina oleh kumpulan individu yang terbaik. Yakni mereka yang melihat usaha
menubuhkan kerajaan sebagai suatu tanggunjawab yang serious. Barisan individu
terbaik yang komited kepada idea mengujudkan suatu pemerintahan yang memerintah
mengikut prinsip undang2, menjalankan dasar2 yang adil dan saksama. Kita mahukan
kerajaan yang mentadbir negara ini tanpa rasuah. Kerajaan yang tidak
mengutamakan kepentingan kroni menghisap darah negara ini. Kerajaan yang tegas
membenteras semua macam ekstremism- perkauman, agama, reich-wingers. Rakyat mahukan
sebuah kerajaan yang mendisiplinkan rakyat nya mengikut peruntukan undang2.
Apakah
punca utama yang menyebabkan keadaan huru hara negara kita? Perkara yang paling
asas ialah ketiadaan pemimpin yang cukup kredible dan di hormati untuk memimpin
negara. Dimana pemimpin seperti ini?
Mana
dia pemimpin seperti Tengku Razaleigh Hamzah? Dalam keadaan negara yang huru
hara dan dibanjiri dengan pelbagai isiu yang gagal ditangani oleh pemerintahan
Najib, Tengku Razleigh jangan buang masa duduk dalam UMNO. Lebih baik dia
keluar dan mengetuai kuasa ke3.
Sebagai
orang Melayu dia sudah memenuhi syarat bahawa pemimpin utama negara ini mesti
bangsa Melayu. Ini sebagai refleksi reality politik negara ini dan komposisi
kaum. Dia orang Melayu dan saya yakin ramai pemimpin Melayu yang lain akan
menyertainya untuk membentuk kerajaan. Saya amat yakin bahawa ramai kumpulan
bahkan pemimpin2 UMNO akan menyertai beliau untuk meyelamatkan Malaysia. Tengku
Razaleigh mempuntai noblesse oblige
untuk tampil memimpin negara kita.
Jika
Tengku Razaleigh mempimpin negara ini, dia boleh mendapat kerjasama dari parti2
dalam pakatan rakyat. parti di Malaysia Timur yang bukan UMNO pun mempunyai
tanggung jawab menyelamatkan negara ini dari pimpinan yang bercelaru. Tinggalkan
BN dan ajak Tengku Razaleigh Hamzah bentuk kerajaan baru. Tengku Razaleigh
boleh mengisi leadership vacuum yang ada dalam negara kita sekarang.
Jika
Tengku Razaleigh mahu menubuhkan kerajaan yang demokratik, yang memerintah
mengikut prinsip undang2 dan menjalankan dasar2 pentadbiran yang adil dan
saksama, wawasan nya akan disokong.
Marilah
kita mengakui bahawa negara hari ini memerlukan seorang tokoh penyatu. Apa kita
ingat muslihat sesetangah pihak mahu mengembalikan Dr Mahathir? Cadangan itu
mengandungi harapan bahawa kehadhiran Dr Mahathir dapat menyatupadukan orang
Melayu khususnya dan menyuntik hala tuju yang konkrit. Ia juga mengesahkan
bahawa kepimpinan yang Malaysia mahukan ialah pimpinan tegas.
Namun
jangan kita ulangi asas ketegasan pimpinan Dr Mahathir. Dr Mahathir memerintah
atas dasar strongman. Apa dia cakap,
itulah undang2 nya. ini stail kepimpinan yang autokratik. Kita tidak sedikit
pun takut sama ada Najib mahu membawa balik Mahathir atau tidak, tapi kita mesti
menentang autocracy. Ini dia asas penentangan dan penolakan kepada idea lapuk
yang datang dari beberapa pensiunan politik. Tak ada idea lain kah untuk
membangunkan negara ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan