HALAMAN SANTAI

Khamis, 30 Januari 2014

Pemuda PAS bantu calon Pakatan menang di Kajang

THE MALAYSIAN INSIDER

Pemuda PAS akan komited bantu kemenangan calon Pakatan Rakyat di Kajang, kata Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat. Gambar fail.Pemuda PAS akan komited bantu kemenangan calon Pakatan Rakyat di Kajang, kata Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat. Gambar fail. 





























Selepas beberapa hari penuh dengan kenyataan negatif daripada Pemuda PAS, Ketuanya, Suhaizan Kaiat hari ini berkata, Pemuda PAS akan tetap komited untuk membantu memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat di Kajang.

"Mungkin kita tidak bersetuju dengan peletakan jawatan, tetapi kita juga tidak setuju jika kerusi itu terlepas daripada genggaman Pakatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan Suhaizan itu menutup kenyataan pemimpin pertengahan Pemuda PAS sebelum ini yang antaranya mengugut akan memboikot pilihan raya kecil itu.

Pemimpin Pakatan Rakyat mengambil keputusan menyokong Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi itu.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan pada Isnin dan menghantar surat kepada Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh.

Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan Anwar sebagai calon Kajang.

Turut serta dalam sidang media semasa pengumuman itu adalah Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang serta Anwar sendiri.

Selepas peletakan jawatan Lee, pelbagai pihak dalam PAS khasnya pemuda mengecam tindakan itu dan mengugut untuk memboikotnya.

Antara yang mengecam ialah bekas Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan; Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Sany Hamzan serta pemuda PAS Selangor.

Susulan daripada itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memberikan amaran agar ahli PAS jangan campuraduk antara kerusi DUN Kajang yang dimiliki PKR dengan kerusi MB Selangor yang belum dibincangkan.

Ia berbangkit apabila Anwar dikatakan akan menggantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Tiada ulasan: