SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membuat keputusan bahawa
semua pelantikan baharu imam, bilal dan siak dan juga pemegang jawatan
itu yang tidak disambung semula, yang dibuat oleh pegawai agama Islam
daerah adalah tidak sah.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perkara ini perlu diperbetulkan, jika tidak, pihak berkuasa kerajaan negeri akan mengambil tindakan.
"Kita pandang serius perkara ini kerana ia melanggar dasar kerajaan negeri. Oleh itu, mana-mana pegawai agama Islam negeri ini yang didapati tidak mematuhi dasar kerajaan akan dikenakan tindakan disiplin," katanya pada sidang media di sini.
Baru-baru ini kerajaan negeri memutuskan bahawa semua penjawat berkenaan yang tempoh perkhidmatan mereka berakhir Disember lepas disambung sehingga Mac ini.
Oleh itu, sehingga tempoh itu pelantikan baharu tidak akan dibuat.
Tetapi malangnya, terdapat pegawai agama Islam di beberapa daerah dengan sendiri membuat pelantikan atau pun menamatkan jawatan imam, bilal atau siak.
Mohamad berkata terdapat pegawai agama Islam di beberapa daerah telah mengeluarkan surat pelantikan baharu imam, bilal dan siak.
"Saya difahamkan mereka tidak berunding dengan pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri pun dan pengarah bila ditanya menyatakan tidak tahu.
"Malah surat pelantikan pun tidak disalinkan (diberi salinan) kepada pengarah atau Bahagian Penyelaras Masjid dan Surau.
"Dia (pegawai agama Islam daerah) pandai-pandai sendiri lantik imam, bilal dan siak....," katanya. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan