ALOR SETAR – Percaturan PKR Selangor mengumumkan Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PRK Dun Kajang adalah langkah
paling bijak untuk menyelesaikan masalah ‘ekonomi kangkung’ di negeri
itu.
Timbalan Pengerusi PKR Kedah, Ir Zamri Yusof berkata, pengumuman itu jelas bahawa Anwar mungkin akan terlibat secara langsung dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.
“Dia (Anwar) bukan saja boleh selesaikan masalah di negeri itu, tetapi langkah paling bijak menyelesaikan masalah rakyat. Tambahan pula rakyat sekarang berada dalam ‘ekonomi kangkung’ selepas PRU13.
“Sekarang ini rakyat mencari seorang pemimpin yang boleh membantu menyelesaikan masalah mereka dan mencari tempat untuk pergantungan harapan,” katanya kepada Sinar Harian.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan