HALAMAN SANTAI

Khamis, 30 Januari 2014

Lebih 1,200 Pendatang Tanpa Izin Dihantar Pulang Sejak 12 Januari




KUALA LUMPUR: Sejak bermulanya Ops Bersepadu 6P lebih dari seminggu yang lalu, seramai 1,239 pendatang tanpa izin telah dihantar pulang.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kementerian itu melalui Jabatan Imigresen, telah menjalankan 271 operasi di seluruh negara sejak 21 Januari.

"Kami telah menghantar pulang 1,239 pendatang tanpa izin, termasuk 563 rakyat Indonesia dan 177 warga Myanmar.

"Kami akan meningkatkan operasi terhadap pendatang tanpa izin pada minggu-minggu akan datang," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik Polis Diraja Malaysia (Sting) di pusat latihan polis (Pulapol) di sini Khamis.

Beliau menambah pada masa ini terdapat seramai 3,000 pendatang tanpa izin dalam tahanan di depot tahanan Imigresen di seluruh negara.

Tiada ulasan: