HALAMAN SANTAI

Jumaat, 31 Januari 2014

Wawancara Rafizi Ramli: Sebalik pimpinan, cerminan dan seteru di Kajang

OLEH SHERIDAN MAHAVERA

PKR perlu melakukan sebaik mungkin untuk menangkis serangan Umno yang ingin merampas Selangor, kata Pakar Strategi PKR, Rafizi Ramli. Gambar fail.PKR perlu melakukan sebaik mungkin untuk menangkis serangan Umno yang ingin merampas Selangor, kata Pakar Strategi PKR, Rafizi Ramli. Gambar fail. 





























Rafizi Ramli adalah salah seorang arkitek dalam ‘langkah Kajang’ yang membolehkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di kawasan itu. 

Dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider, Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR melihat betapa PKR tidak boleh berdiam diri apabila Umno terus menggunakan isu ketegangan kaum bagi merampas Selangor. 

Dalam menangani permasalahan itu, Pakatan Rakyat (PR) memerlukan pemimpin politik seperti Anwar dan pemimpin dalam soal pengurusan seperti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Ikuti wawancara penuh dengan Rafizi.

S: Anda ada menulis sesuatu berhubung usaha Anwar untuk menjadi Adun di Selangor dan
keperluannya bagi menangkis serangan Umno. Namun sejak lima tahun lalu, PR juga berdepan degan masalah isu bekalan air sehinggalah kepada bantahan kepala lembu. Jadi, apa keperluan Anwar untuk menjadi Adun di Selangor?

J: Pada tahun pertama, rakyat melahirkan kegusaran apabila kami diserang BN meskipun pada ketika itu kami masih tercari-cari. Asalkan kita jujur.

Kami kini berada di penggal kedua. Dinamiknya berubah terutama Umno. Doktrin sokongan bukan Melayu perlu diasingkan sudah berubah. Buat pertama kalinya wujud pemikiran adakah Melayu dan Umno dapat meneruskan perjuangan mereka. Ketika mereka diberi peluang, politik kaum dan agama yang dimainkan tidak ubah seperti mana yang kita lihat lima tahun lalu.

Tiada ulasan: