KL TODAY
SHAH ALAM –
PKR mendakwa kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong
yang menyifatkan Kajang sebagai pekan sate dalam satu laporan media
sebagai satu penghinaan. Ketua Wanitanya, Zuraida Kamaruddin berkata,
Kajang memang terkenal dengan satenya namun ia bukan pekan sate.
“Sebagai
seorang pemimpin, Wee Ka Siong sepatutnya sedar bahawa memanggil
Kajang sebagai pekan sate adalah sangat menghina dan merendahkan maruah
penduduk Kajang.
“Kajang
mungkin popular dengan sate, tapi pastinya ia bukan pekan sate atau
penduduknya orang-orang sate,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya,
penduduk Kajang sudah menolak BN dan MCA dalam pilihan raya umum yang
lalu, jadi, tiada keperluan untuk MCA untuk terus menghina penduduk
Kajang.
“PKR
adalah parti berbilang kaum, tidak timbul soal etnik calon. Pandangan
mengenai Melayu atau Cina patut mewakili pengundi adalah ketinggalan
zaman.
“Jika
Malaysia mahu menuju ke arah negara berbilang kaum yang inklusif,
langkah pertama adalah melangkaui tanggapan bersifat perkauman,”
katanya.
Di Kajang, 48.89 peratus penduduknya adalah kaum Melayu, 40.8 peratus kaum Cina dan 10 peratus adalah kaum India.
Tambahnya,
Wanita PKR percaya bahawa Datuk Seri Liow Tiong Lai, Wee Ka Siong dan
MCA tidak lagi relevan untuk bercakap bagi pihak komuniti Cina.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan