Oleh A Kadir jasin
SETAKAT bertanya.
Kalau Presiden Amerika yang pertama melawat Malaysia diabadikan
dengan menamakan sebuah rancangan Felda mengikut singkatan namanya,
apakah agaknya yang akan diabadikan bagi mengingati lawatan Presiden
Barrack Hussein Obama mulai hari ini hingga Isnin?
Felda LBJ di Negeri Sembilan diabadikan kepada Presiden Lyndon Baines Johnson yang mengunjungi negara kita pada tahun 1966.
Presiden Johnson Lawat Rumah Melayu |
Berikut adalah “entry” dalam ensiklopedia atas talian, Wikipedia mengenai perkara itu: “FELDA L.B. Johnson ataupun Kampung L.B. Johnson merupakan sebuah pekan kecil di Negeri Sembilan, Malaysia. FELDA L.B. Johnson dinamakan bersempena bekas Presiden Amerika Lyndon B.Johnson, yang melawat kampung itu pada 1966. Ianya merupakan antara tempat yang dilawatinya dalam rombongan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara Amerika Syarikat dan Malaysia pada masa itu.”
Dengar khabar, ramai ibu bapa di Sarawak dan Sabah masa itu memberikan
nama Johnson kepada anak lelaki mereka yang baru lahir mengambil sempena
nama Presiden Amerika itu.
Dengan hubungan yang diuar-uarkan sebagai sangat akrab dan intim
antara pemerintah negara kita sekarang dengan Pentadbiran Obama,
tentulah satu bentuk pengabadian yang istimewa akan diberikan. Saya
terkejut sekiranya tidak. Tetapi tentulah bukan TPPA kerana kerajaan
kita berjanji lawatan Obama bukan untuk menandatangani perjanjian itu.
Oleh sebab tidak ada lagi rancangan baru Felda maka sukarlah menamakan
sebuah rancangan Felda mengikut nama Obama melainkan menukar nama salah
sebuah rancangan Felda yang sedia ada.
Beriramalah kalau sebuah perkampungan Felda dinamakan mengikut nama Presiden Amerika itu. Contohnya, Rancangan Felda Obama.
Bagi rakyat jelata kita, khususnya yang ditimpa pelbagai musibah
(kehilangan misteri MH370, catuan bekalan air (termasuk penulis), tekan
inflasi, pengangguran dan sebagainya), lawatan Obama mungkin tidak akan
membawa kegembiraan.
Sebaliknya orang yang tinggal, bekerja atau lalu-lalang berhampiran
tempat kediaman dan lawatan Obama akan mengalami tapisan keselamatan
yang ketat.
Bagi pencinta Obama dan Amerika, mereka tentulah sangat kagum dan
teruja. Maklumlah selama 22 tahun pemerintahan (Tun) Dr Mahathir
Mohamad, Amerika tidak dapat mempamerkan kasih sayang kepada kita kerana
Dr Mahathir sering mengkritik negara raksasa itu.
Selepas era Mahathir dan selaras dengan falsafah baru para pengganti
beliau seperti keterangkuman, kesederhanaan dan liberalisme, kita tidak
lagi kritikal terhadap isu-isu antarabangsa, khususnya yang dipelopori
dan diterajui oleh Amerika.
Berapa kerat rakyat Malaysia yang peduli bahawa beribu orang awam Islam
terbunuh dan cedera akibat operasi pengecut serangan “drone”
Pentadbiran Obama?
Jadi tidaklah menghairankan kalau lawatan Obama akan diabadikan dalam
satu bentuk yang istimewa. Namun kita harus akui bahawa dalam
geopolitik, kita perlu mempunyai perhubungan yang bertamadun dengan
semua negara, khususnya negara-negara kuasa besar seperti China, Amerika
dan Rusia.
Dan sebagai negara bertamadun, kita tentulah mahu mengucapkan terima kasih kepada Amerika kerana turut membantu mencari penerbangan MH370 yang masih hilang selepas lebih sebulan, apatah lagi apabila seorang pegawai Amerika semalam dipetik oleh agensi berita Reuter sebagai berkata, pencarian pesawat itu mungkin mengambil masa bertahun-tahun.
Wallahuaklam.http://kadirjasin.blogspot.com
Dan sebagai negara bertamadun, kita tentulah mahu mengucapkan terima kasih kepada Amerika kerana turut membantu mencari penerbangan MH370 yang masih hilang selepas lebih sebulan, apatah lagi apabila seorang pegawai Amerika semalam dipetik oleh agensi berita Reuter sebagai berkata, pencarian pesawat itu mungkin mengambil masa bertahun-tahun.
Wallahuaklam.http://kadirjasin.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan