‘Bersatu teguh bercerai roboh’, itulah perbilangan bahasa yang diketahui umum. Ia bermakna jika kita bersatu pemikiran, kepercayaan serta bertindak untuk memperjuangkan sesuatu matlamat itu sehayun dan selenggang, maka ia akan mudah untuk mencapai matlamat dan tujuan.
Jika keluarga bersatu ia
merupakan suatu yang dihormati masyarakat sekeliling. Masyarakat akan menghormati
keluarga kita walaupun kita keluarga yang bukan dari yang kaya raya tetapi
sesuatu keluarga itu dihormti kerana sifat saling kasih mengasihi diantara ahli
keluarga itu. Doa masyarakat yang bersatu juga akan mudah termakbul kerana ia
merupakan elemen penting untuk kejayaan sesebuah keluarga yang tinggi darjatnya
di sisi Allah s.w.t..
Itu diperingkat keluarga. Tetapi
keadaan dan situasi yang sama juga boleh kita lebarkan ruang kesatuan itu
kepada masyarakat dalam kariah kita dan terus ke peringkat negara dan peringkat
antarabangsa. Jika kita sebut dari sudut agamanya kita boleh rangkumkan untuk
bersatu bersama-sama dalam jemaah sejagat untuk kita mengtauhidkan Allah s.w.t.
serta bersatu dalam perjuangan sehayun dan selenggang tadi.
Jika bersatu dalam pemikiran,
niat dan tindakan kita di peringkat mana sekali pun usaha kita secara bersatu
itu akan mendapat kejayaan seperti yang hajati dan di matlamatkan itu. Hanya matlamat
bersatu itu berbeza dari satu kelompok dengan kelompok yang lain itu sahaja
yang berbeza. Ada
yang bersatu untuk kepentingan peribadi dan kelompok mereka sahaja tanpa
bersatu untuk tujuan yang baik dan luhur.
Tetapi kita juga tahu dan
memahami banyak yang bersatu itu berakhir dengan perpecahan juga. Banyak faktor
yang menyebabkan perpecahan itu berlaku. Pertamanya ia bersatu untuk
mempertahankan keburukan laku masing-masing. Samada perpaduan itu kekal lama
atau sebaliknya ia bersandar kepada premis untuk mewujudkan sesuatu kesatuan
yang berpadu itu. Pendeknya ia bergantung kepada niat dan penyebab berlakunya
perpaduan itu. Selalunya perpaduan untuk mewujudkan perpecahan pihak yang lain
itu tidak akan kekal.
UMNO dulu wujud di atas premis
memperjuangkan atau memudahkan perjuangan pencapaian kemerdekaan yang telah
diasaskan jauh sebelum penubuhannya. Perjuangan kemerdekaan itu telah awal-awal
lagi dilakukan oleh banyak pertubuhan-pertubuhan yang wujud dengan bergiat
sendirian. Tetapi UMNO diwujudkan setelah lebih dari 40 pertubuhan dan pergerakan
kesatuan yang ada semasa itu bersatu dan menubuhkan UMNO.
Lain-lain perkatan premis
wujudnya UMNO itu adalah diatas perpaduan banyak persatuan yang berselerak
dalam negara untuk menentang penjajahan British semasa itu. Akhirnya UMNO itu
wujud selama 40 puluh tahun sebagai parti yang bersatu dan telah berjaya
membawa perubahan khususnya setelah kejayaan mengetuai pencapaian kemerdekaan
itu.
Tetapi setelah terselit beberapa
elemen negatif dalam parti itu diakhir-akhir dekad keempat puluh itu. maka UMNO
telah berpecah kerana parti itu sudah di serang oleh pimpinan yang tidak mahu
perpaduan itu berlarutan kerana perpaduan dalam parti itu tidak akan membawa
kekuatan kepada politik peribadi masing-masing yang baru mengambil alih parti
itu. UMNO telah diresapi oleh pemimpin yang lemah dan parti itu hanya kekal
dalam kepimpinan jika parti itu pecah. Akhirnya parti itu kekal hanya selama 41
tahun sahaja dan terus terbengkalai setelah perhimpunan agung tahunannya yang
ke 38 sahaja.
Parti itu dimatikan oleh pimpinan
lemah yang tidak terdaya kekal dalam demokrasi sebenar parti itu. Mereka
terpaksa membunuh parti itu untuk kekal berkuasa, sambil membawa majoriti ahli
yang keliru untuk menubuhkan sebuah parti baru yang merupakan ‘imposter UMNO’
yang dinamakan mereka parti itu dengan nama yang sama iaitu UMNO (baru).
Takut dengan nama (baru) yang ada
kepada parti ‘imposter’ itu maka dengan kuasa yang ada mereka telah ke mahkamah
untuk mendapatkan perintah membuang nama (baru) yang ada kepada parti itu. Justeru
itu rakyat telah melihat yang perpaduan dikalangan mereka itu adalah perpaduan
yang tidak diasaskan kepada niat dan matlamat yang jujur.
Maka wujudlah parti baru dan
mereka telah menubuhkan jawatankuasa protem mereka yang di ketuai oleh Dr
Mahathir dan Abdul Ghaffar sebagai Timbalannya. Naib-Naib presidennya dalam
jawatankuasa protem parti baru itu termasuklah Abdullah Badawi, Anwar
Ibrahim dan Majlis Tertingginya di
senaraikan nama-nama yang semua orang tahu.
Pendeknya parti baru dengan nama
yang lama itu di penuhi dengan nama-nama pemain politik yang tidak jujur dan
jika kita tengok dalam pendaftaran parti itu alamat parti yang baru itu ialah
Seri Perdana, kediaman Perdana Menteri kita. Sila siasat di pendaftaran
pertubuhan untuk mempastikan kenyataan ini.
Perpaduan dikalangan pimpinan
yang lemah yang niat serta matlamat membunuh partinya dan menubuhkan parti baru
ini merupakan perpaduan yang sangat ‘superficial’ yang berlandaskan kepada
kuasa idaman sahaja. Perpaduan ini tidak kekal kerana ia bukan wujud diatas
perjuangan yang sepatutnya. Maka ia terbukti dengan perpecahan dikalangan
mereka sendiri kerana perpaduan mereka bukan dilandaskan kepada menjurus
memperbaiki negara dan politiknya.
Akhirnya perpecahan berlaku dan
tidak ada dikalangan mereka yang tidak jujur ini yang lebih baik dari yang lain
diantara mereka. Oleh kerana fokus mereka ialah terhadap penguasaan kuasa dan
perebutan jawatan yang boleh memenjarakan dan mengeluarkan lawan dari penjara
sahaja.
Oleh kerana kepentingan untuk
negara itu jauh dibelakang maka perpecahan itu telah mewujudkan ‘cult
politics’. Maka wujud pengikut Anwar Ibrahim dan Mahathir. Kepada penyokong
Anwar mereka menganggap Anwarlah pemimpin ‘world class’ yang digemburkan dan Mahatir
pemimpin dunia ketiga, yang sebenarnya semua ini tidak wujud dan tidak nyata.
Mahathir telah membina kepimpinan
dengan acuan beliau dan Anwar pula mewujudkan acuan beliau sendiri yang
cenderung kepada politik jalanan kerana politik seorang desperado untuk menikmati
kuasa ditangan.
Sesudah bersara Dr Mahathir
mewariskan kuasa kepada mereka yang lemah yang merasakan mereka kuat dan ber
‘consequence’. Maka wujud pemimpin seperti Abdullah Badawi dan kemudiannya
Najib yang sedang enak duduk di Putrajaya itu.
Yang jelas kumpulan ini pun
akhirnya berpecah dan sekarang sedang ada usaha untuk menggantikan Najib oleh
diantara sesama mereka. Dengarnya mereka hendak menaikkan dan memberikan kuasa
kepada Muhyiddin yang sama acuannya dengan Abdullah dan Najib.
Setengah orang berpendapat
Muhyiddin juga akan menghadapi situasi yang lebih buruk lagi kerana acuannya
sudah begitu. Justeru menggantikan Muhyidin dengan Najib itu bukannya tindakan
perubahan sebaliknya tindakan menyambung ‘shenanigans’ yang sedang dilakukan
oleh pimpinan hari ini.
Bersatunya mereka ini berkala.
Apabila sudah wujud ‘competitions’ dikalangan mereka yang pernah bersatu itu,
maka berlakulah perpecahan kembali. Apa yang pasti sekarang ini, tidak ada
dikalangan mereka yang bersatu itu berniat untuk kebaikan negara, selain dari
ketamakan peribadi yang akhirnya terjadi apa yang kita alami hari ini.
(Bersambung)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan