Bukan senang menjadi “call center” ini.
Hati mesti kuat, kesabaran kena tinggi, jiwa kena kental. Segala masalah
yang melibatkan syarikat dikalangan kapitalis-kapitalis di Malaysia
akan dicampakkan bebanan ke atas bahu kalangan “call center” ini untuk
menjawab dan meredakan seketika amarah pengguna dan pelanggan setia mereka.
- Kena marah? Ya…Puan
- Kena maki? Maaf tuan
- Kena herdik? Saya berusaha yang terbaik puan menyelesaikannya
- Kena caci? Saya faham tuan
Sudah menjadi kebiasaan lebuhraya di ibukota terutamanya akan “dijamu” dan “dihidangkan”
dengan kesesakan di jalan raya terutamanya ketika waktu punca di mana
orang ramai berpusu-pusu pulang dan pergi ke tempat kerja.
Yang mana hari ini, salah seorang
pengguna setia dan pembayar tegar tol lebuhraya di Malaysia telah
meletup ibarat “meletusnya lava di gunung Merapi”. Sangat panas dan mengelegak…
Bersama-sama ini Berita Semasa kongsikan
video wanita Melaka tidak berpuas hati dan menghantar aduan terus
kepada operator PLUS yang bertugas kerana terpaksa berhadapan kesesakan
berkilometer jauhnya sehingga menyebabkan terpaksa menghabiskan masa
berjam-jam lamanya di atas jalan raya.
Video Wanita Melaka (Pembayar & Pengguna Tol PLUS) Marah, Maki Operator PLUS?
Ya….benar Berita Semasa perhatikan marah benar Puan ini. Tetapi Berita Semasa kadang terfikir :
- Adakah dia rasa bahagia memaki hamun staf plus itu?
- Macam mana perasaan staf plus itu?
- Tunggulkah kakitangan staf plus itu?
- Adik itu pulak kena tanggung masalah dia?
- Adakah apabila balik rumah, kakitangan PLUS ini akan lepas geram kepada anak-anak pula? (Contoh sahaja)
- Dan….pernah terfikir atau tidak kalau yang kerja plus itu anak Puan ini sendiri? Tergamakkah beliau mengeluarkan kata-kata sebegitu?
P/S : Orang Melaka kaya dengan
budayanya, tetapi jangan biarkan hati mereka dibiarkan kepanasan.
Pannn…tanggg dicabar. Keluarlah bahasa kahaunya (kasaunya)
PP/S : Berita Semasa juga tumpang
simpati dengan nasib wanita Melaka ini. Setiap hari sampai pukul 3 pagi?
Keluar Subuh balik malam. Hebat….
PPP/S : Kepada menteri bertanggungjawab
jenguk-jenguklah masalah rakyat anda, prihatinlah walaupun anda
(menteri) kurang benar mengalami masalah kesesakan atas nama beri “laluan khas” kepada kalian (VVIP di Malaysia yang berkuasa) walaupun ketika itu rakyat Malaysia terus berhimpit-himpit di jalanraya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan