sakmongkol.blogspot.com
Yami Samat, ahli UMNO yang kuat dalam team B bersama dengan Tengku Razaleigh dahulu.
Dia ibu kepada Dyana Daud. Saya kenal secara peribadi dengan beliau. Seorang yang
mulut lepas dan tidak segan menyatakan pendapat nya dalam bahasa yang berwarna sekali. Rakan2 lain yang mengenali
Yami jauh lebih lama dari saya, faham apa yang saya maksudkan.
Pernah
Yami Samat beritahu saya- sudahlah Brahim Ali tu- bawak jumpa bomoh untuk
kuatkan lemah tenaga batin pun aku yang cari. Demikian rapat nya Yami Samat
dengan Ibrahim Ali. Hari ini Ibrahim Ali pun sama2 membantai Yami Samat. Yami mungkin
sekarang sedar bahawa Irahim Ali seorang yang tidak boleh dipercayai.
Bolehkah
kita percaya orang yang berdoa untuk Anwar Ibrahim segera dipenjarakan dan akan
berkenduri bila Anwar masuk jel? Itulah Ibrahim Ali yang sekarang mengintai
ngintai untuk masuk parlimen semula atas tiket UMNO. Marilah kita berdepan
dengan fakta bahawa Perkasa itu surrogate UMNO dan pertubuhan yang mesra UMNO. Ianya
bayangan ekstremisme UMNO.
Hari
ini, anakya Dyana Daud bertanding untuk kawasan parlimen Teluk Intan. Dia bertanding
atas tiket DAP, kerabat Pakatan Rakyat yang kerajaan takut untuk beri
pendafaran.
Yang
paling berguna sekali kepada yami samat ialah dapat mengetahui siapa kawan dan
lawan, seteru dalam selimut yang iri hati dan dengki. Ramai rakan2 Yami dalam
Semangat 46 dahulu menunjukkan belang mereka yang sebenar- tidak lebih dari
golongan oportunis yang telah lama mengikis dan menghisap darah Tengku
Razaleigh. Yami Samat boleh sahaja mendedahkan siapa mereka- dari seorang yang
sekarang bergelar menteri yang pada satu ketika tidak ada duit lansung untuk
membeli kueh untuk hari jadi anak kepada presiden perkasa yang dahulu nya
pokai. Berjuta duit pemimpin Semangat 46 dihabiskan.
Yami
Samat memang terlibat dalam Perkasa sejak awal. Ini kerana dia bersahabat lama
dengan Ibrahim Ali yang dikatakan kuat semangat Melayu nya. Ibrahim Ali pun
seorang hipokrit besar- sambil melaungkan semangat melayu, mesyin ATM dia
seorang bangsa Cina.
Tentulah
Ibrahim Ali yang berkawan lama dengan Yami Samat sehingga Yami membawa nya
kesana sini untuk tujuan perubatan ganguan fisikal yang khusus amat merasa
dibeloti apabila Ibrahim Ali mencadangkan supaya gambar nya dengan Dyana Daud
dalam satu majlis diguna sebagai bahan kempen. Majlis tersebut hanya suatu
jamuan kecil untuk meraikan seorang pemimpin UMNO yang mendapat gelaran ijazah doctor
kehormat.
Nampak
sangat, dalam apa2 pun yang dilakukan oleh presiden perkasa, dia ada agenda
peribadi. Bukan sahaja semua orang tahu presiden perkasa ini seorang pelampau
tapi dia juga seorang yang tidak boleh dipercayai dan tidak ikhlas.
Patutkah
Ibrahim Ali mencadangkan gambar nya dengan Dyana Daud dijadikan bahan kempen? Ini
gambar dengan anak sahabat. Ini bergambar dengan kenalan dalam suatu majlis social.
Tujuan
nya ialah untuk menunjukkan konon Dyana Daud seorang pelampau Melayu dan pengikut
Perkasa. Matlamat nya ialah untuk menanam kesangsian dikalangan bangsa Cina
akan watak sebenar Dyana.
Ketika
kempen di Teluk Intan, saya bertanya rakan2 ada atau tidak sawah bendang yang
luas sini. Mereka mejawab tidak ada seluas sawah padi yang ada di kawasan
seperti Sekincan, Sabak Bernnam , Sungai Besar dan sebagai nya. mereka bertanya
saya kenapa? Saya sebutkan jika ada kita boleh taruh poster Ibrahim Ali yang
besar di tengah bendang. Dapatlah poster itu jadi penghalau semua makhluk
persosak yang akan terkejut melihat wajah Ibrahim Ali. Sayang sekali wajah
Ibrahim yang bergigi jongang sudah tidak ada- jika ada segala tikus yang gigi
jongang pun lari lintang pukang. Membetulkan gigi Ibrahim yang jongang itu pun
Yami yang carikan doctor gigi.
Ada
sebahagian dari kawan Yami dalam Semangat 46, mengeluarkan kenyataan mengutuk
Yami Samat dan anak nya Dyana Daud. Bahkan ada yang cuba membangkitkan masa
silam Yami. Mereka lupa pada masa silam, mereka sama juga kaki libun.
Maka
amatlah kecil hati Yami akan mereka kerana, mengikut apa yang diberitahu saya
oleh Yami, yang menghengtam nya sekarang banyak termakan budi dan bantuan
secara lansung darinya seketika dahulu.
Suatu
ketika Yami mempunyai perniagaan di KL maka ramailah rakan2 46 bertenggek
keatas nya. Ada diantara mereka yang pernah mendukung Dyana Daud semasa budak ini
kanak2 kecil lagi. Alangkah remuk hati Yami bila sekarang yang pernah
bersahabat dengan nya dan yang pernah mendukung Dyana, menghentam nya dan anak
nya hari ini.
Ada
pula yang menampak sifat yang sangat ambivalent. Sekali sokong Dyana sekali
tidak sokong.
Yami
Samat, kamu tahu siapa sahabat dan siapa penenggek jalanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan