Mereka gagal mencetak buku teks Kementerian Pendidikan.
PUTRAJAYA: Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia, Sulaiman Ali telah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri atas bantahan penyambungan kontrak Dewan Bahasa dan Pustaka kepada pengurusan Dawama Sdn Bhd, hari ini.
“Memorandum ini bertujuan untuk membantah sambungan konsesi Syarikat Dawama Sdn Bhd. Seperti yang kita tahu, Dawama gagal melaksanakan tugas dengan baik seperti tidak menyiapkan percetakan buku teks Kementerian Pendidikan. Mereka juga telah memberhentikan kesemua pekerja mereka tanpa pampasan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Sulaiman menggesa agar Datuk Seri Najib Tun razak mengambil kira terhadap isu ini.
PPPMM bersama Majlis Tindakan Ekonomi Melayu ( MTEM) telah menyerahkan satu memorandum kepada pegawai di Jabatan Perdana Menteri, En Mohd Saiful Azhar.
Datuk Badruddin Abu Bakar, Pengarah Cepat Cetak Sdn Bhd yang turut hadir pada sesi penyerahan memorandum berkata, sekiranya, konsesi Syarikat Dawama Sdn Bhd disambung semula, kesannya akan dirasai oleh syarikat percetakan bumiputera yang lain.
“Kesannya adalah satu golongan sahaja yang dapat merasai agihan ekonomi yang besar. Sudah 12 tahun Dawama diberi peluang untuk mencetak buku. Kita tidak mahu ada satu pihak saja yang monopoli dalam bidang ini, manakala ada syarikat percetakan bumiputera lain yang terpaksa gulung tikar.
“Pada pendapat kami, selama 12 tahun konsesi yang diberikan kepada mereka, tidak begitu berjaya. Sebab itu kami bantah kontrak penyambungan tersebut,” katanya.
Dawama diberikan konsesi selama 12 tahun bermula September 2002 untuk mencetak, memasarkan dan mengedar buku terbitan DBP. Pernah menghadapi krisis kewangan pada pertengahan 2011, syarikat itu terpaksa memberhentikan 288 pekerja tetap dan 40 pekerja kontrak.
Dawama kemudian diambil alih oleh Utusan Printcorp Sdn Bhd yang turut menanggung liabiliti yang mencecah hampir RM130 juta pada 2012.
3 ulasan:
eh mcm bos gigawise je dpntu, kaki kencing tu, bisness partner sndri pn dia kencing, org camni yg kita nk harapkan?
eh mcm bos gigawise je dpntu, kaki kencing tu, bisness partner sndri pn dia kencing, org camni yg kita nk harapkan?
Catat Ulasan