ANALISIS Perhatian pada peringkat
akhir kempen di Teluk Intan kini tertumpu pada pengundi Melayu yang
dijangka akan menjadi penentu kepada keputusan pilihan raya kecil
kawasan parlimen ini, Sabtu depan.
Sejumlah 38 peratus daripada keseluruhan 60,349 pengundi berdaftar ini – dua kali ganda daripada jumlah pengundi India – akan menentukan sama ada DAP mampu menghantar seorang wakil rakyat Melayu ke Parlimen.
Sasaran tersebut dinyatakan dengan jelas melalui pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang mahu parti itu meningkatkan sokongan dari pengundi Melayu dari 25 peratus dalam pilihan raya umum lalu kepada 40 peratus.
DAP mahu merealisasikan impian tersebut melalui calon mereka, peguam muda berusia 27 tahun Dyana Sofya Mohd Daud.
Dalam suasana kempen yang hanya berbaki dua hari, DAP nampaknya berdepan kesukaran untuk mencapai sasaran tersebut.
Ia boleh dilihat berdasarkan kenyataan rakan sekutunya, PAS yang hanya menetapkan sasaran untuk mengekalkan sokongan pengundi Melayu yang sudah sedia menyokong Pakatan Rakyat.
Naib Presidennya, Datuk Salahuddin Ayub berkata strategi berkenaan sudah cukup untuk mengekalkan kemenangan DAP di Teluk Intan.
Katanya lagi, pengundi Melayu yang bersama BN "boleh dilupakan" sahaja kerana mereka sudah terlalu lama dimomokkan dengan propaganda BN.
Katanya, golongan berkenaan sudah lama termakan dengan dakwaan, antaranya seperti tuduhan kononnya DAP akan mengancam kedudukan agama Islam dan Raja-Raja Melayu.
Pemerhatian berhubung peluang DAP dalam meningkatkan sokongan Melayu itu juga berdasarkan kekangan yang dihadapi kem BN.
BN dilihat tidak mampu meluaskan pengaruh mereka berdasarkan gaya berkempen tradisional parti tersebut, yang tidak mampu memikat pengundi setia Pakatan.
Ini diperhatikan dalam isu yang diutarakan dalam ceramah BN, antaranya dakwaan bahawa Dyana Sofya mahu UiTM dibuka kepada bukan Melayu.
Perkara ini sudah diketahui oleh penyokong Pakatan sebagai satu putar belit politik untuk memburukkan imej DAP.
Begitu juga dengan kempen memburuk-burukkan DAP sebagai parti yang menolak hudud. Dakwaan ini juga tidak lekat di kalangan pengundi setia Melayu yang menyokong Pakatan.
Mereka sedia maklum bahawa MCA dan GERAKAN yang berada di dalam BN turut menolak hudud.
Mengikut perkiraan ini, golongan pengundi Melayu Teluk Intan nampaknya sudah pasti siapa yang mereka mahu undi.
Samseng Umno
Sementara itu, peristiwa kemangkatan Sultan Perak, Raja Azlan Shah semalam turut memberikan kesan besar kepada kempen kedua-dua parti.
Tinjauan Malaysiakini pada malam tadi menunjukkan acara ceramah politik bertukar menjadi majlis bacvaan Yassin dan tahlil selepas DAP dan BN mengumumkan untuk menangguhkan kempen sehingga majlis pemakaman selesai hari ini.
Bagaimanapun perkembangan itu tidak merencatkan kempen 'berbisik' di kalangan pengundi Cina di Teluk Intan.
Kempen tersebut dikesan bagi menyebar sentimen untuk menolak BN dan "samseng Umno" bermula semalam, yang mensasarkan golongan peniaga kecil Cina di kawasan bandar Teluk Intan.
Kempen berkenaan timbul ekoran ucapan naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Isnin lalu, yang menyifatkan golongan peniaga Cina yang menyokong DAP sebagai pihak yang "tidak mengenang budi".
Kempen untuk menolak tindakan 'samseng Umno' itu pula merujuk kepada siri serangan dan kekasaran dilakukan kumpulan Pemuda Umno yang mensasarkan wakil rakyat dan pejabat DAP minggu lalu.
Kejayaan kempen tersebut setakat ini masih belum dapat dipastikan, namun cakap-cakap di kalangan pengundi mungkin boleh memberi beberapa petunjuk.
Antaranya, seorang peniaga kedai haiwan yang menyatakan kebimbangan bahawa 'samseng Umno' akan bertambah kuat sekiranya pengundi memilih BN.
Kempen demikian akan meletakkan BN dalam kedudukan sukar seandainya ia terus dibisikkan di kalangan pengundi dalam tempoh genting ini.
Dengan sekutu seperti Umno, parti GERAKAN tidak perlukan lebih ramai musuh untuk menyukarkan kempen mereka di saat akhir ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan