HALAMAN SANTAI

Khamis, 29 Mei 2014

PAS juga mahu MB Selangor jumpa penduduk, selesaikan isu Kidex

OLEH JAMILAH KAMARUDIN

 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali lagi digesa mendengar suara penduduk terlebih dahulu sebelum meneruskan projek pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex).

Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Khalid Abdul Samad (gambar) berkata,‎ Selangor perlu mendedahkan pelan dan hujah bagaimana Kidex mampu selesaikan masalah lalu lintas, bukan me‎nggunakan pendekatan diluluskan tanpa pengetahuan rakyat.

"Konsultasi dengan rakyat penting kerana ia membezakan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

"Kita minta Selangor hayati prinsip ini. Ia teguran kepada negeri dan Putrajaya," katanya di pejabat ahli Parlimen Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata sedemikian dalam responsnya terhadap kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof yang mengakui projek itu mendapat kelulusan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) sejak dua tahun lalu iaitu pada 23 Februari 2012.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihati Abdul Khalid supaya berjumpa dengan penduduk.

Dr Wan Azizah berkata, Abdul Khalid dan kerajaan PR sebagai pembuat undang-undang di Selangor perlu melihat isu Kidex dengan lebih mendalam kerana ia membabitkan isu polisi.

Tiada ulasan: