ALOR SETAR - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Bukti Kayu Hitam tidak menahan sebarang lori yang dikatakan cuba menyeludup kanak-kanak ke negara jiran semalam.
Komandernya, Asisten Superintendan Shahidan Ladin berkata, berita itu tidak benar dan sengaja disebarkan untuk menimbulkan keadaan tidak tenteram.
Beliau terkejut selepas dihubungi beberapa media mengenai kejadian itu yang disebarkan oleh pengguna Facebook.
"Berita yang tersebar dalam internet itu adalah tidak benar,
"Saya sendiri turun menyertai sekatan jalan raya dan pemeriksaan yang kita buat semalam. Kalau kejadian itu berlaku pasti kami akan panggil wartawan untuk sidang media," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Pengguna Facebook dan aplikasi Whatapps khususnya di Kedah gempar dengan penyebaran berita penahanan sebuah lori ayam yang membawa enam kanak-kanak untuk diseludup ke negara jiran oleh UPP Bukit Kayu Hitam semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan