HALAMAN SANTAI

Selasa, 27 Mei 2014

'Umno dah masuk tiap rumah, kita kena kerja kuat'

MUHAMMAD FAIZAL



Razman (kanan) bersama Dr Abdul Rani dan Suhaizan Kaiat pada majlis hi-tea bersama Presiden PAS.

 
TELUK INTAN: Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria menyifatkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan adalah gambaran awal kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Beliau yang berucap pada program hi-tea bersama Presiden PAS meminta  jentera PAS untuk bekerja dengan lebih kuat dan tidak terlalu gembira dengan kedatangan orang ramai pada setiap kali ceramah diadakan.

"Kita jangan terlalu seronok bila tengok orang ramai setiap kali ceramah.

"Kita kena kerja kuat, Umno sekarang dah masuk tiap-tiap rumah dan mereka jumpa pengundi. Kita kena buat seperti itu, terus dekati pengundi," ucap beliau.

Menurutnya, PAS negeri mengakui bahawa BN sekarang sedang mendahului Pakatan Rakyat.

"Sebab itu kita kena kerja kuat untuk menangkan calon wanita Melayu dari DAP. Sebab itu kita kena terangkan kepada pengundi dan yakinkan mereka untuk mengundi calon dari Pakatan Rakyat, Dyana Sofya," jelas beliau.

Beliau menjangkakan BN akan menggunakan pelbagai kaedah dan isu bagi  mendapat undi.

Justeru, katanya lagi, rakyat Teluk Intan perlu membuat penilaian yang bijak dalam menentukan wakil mereka serta tidak terpedaya dengan janji-janji manis pilihan raya.

Tiada ulasan: