HALAMAN SANTAI

Selasa, 27 Mei 2014

Saya isytihar keluar Perkasa, kata ibu Dyana Sofya

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


Yammy Samat (kiri) mengumumkan keluar secara rasmi daripada Perkasa hari ini kerana menganggap pertubuhan itu tidak lagi selari dengan objektifnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Mei, 2014. Yammy Samat (kiri) mengumumkan keluar secara rasmi daripada Perkasa hari ini kerana menganggap pertubuhan itu tidak lagi selari dengan objektifnya. – Gambar fail The Malaysian Insider.




























Yammy Samat hari ini secara rasmi mengumumkan keluar daripada pertubuhan pendesak Melayu, Perkasa kerana menganggap pertubuhan itu tidak lagi selari dengan objektifnya.

Ibu kepada calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan itu berkata beliau bukanlah ketua wanita Perkasa pertama seperti yang pernah dihebahkan, sebaliknya Raihan Sulaiman Palestin yang pernah bertanding merebut jawatan ketua wanita Umno.

"Tidak. Saya tidak pernah menjadi ketua wanita Perkasa. Ketua wanita Perkasa ialah Raihan Sulaiman Palestin yang berlawan ketua wanita (Umno) baru ini. Kamu boleh tanya dia.

"Saya tidak pernah jadi ketua wanita Perkasa. Jawatankuasa penaja betul. Sudah lama saya tinggalkan Perkasa, setahun lebih.

"Saya masih ahli Perkasa tetapi dalam keadaan begini, saya isytiharkan saya keluar," katanya pada satu sidang media di Bilik Gerakan DAP di Teluk Intan hari ini.

Media hari ini melaporkan Dyana mengakui ibunya menyertai Perkasa setelah laporan sebelumnya beliau membuat penafian.

Semalam, Yammy ketika ditemui pemberita mengesahkan bahawa beliau masih ahli Perkasa meskipun sudah hilang kepercayaan terhadap kumpulan pendesak Melayu itu.

“Saya masih bersama Perkasa tetapi tidak mahu bergiat aktif. Saya melihatnya mengambil arah yang berbeza dan kelihatan seperti suruhan Umno,” katanya kepada pemberita di Teluk Intan malam tadi.

Dalam sidang media hari ini, Yammy berkata bukan dirinya sahaja yang mengambil tindakan meninggalkan Perkasa malah ramai yang lain bersetuju bahawa pertubuhan itu melebihkan agenda politik.

Katanya, sebagai NGO pendesak Melayu, Perkasa tidak seharusnya mencari jalan mudah dengan menyertai politik dan mengenepikan agenda utamanya.

“Tujuan asal Perkasa untuk membantu Melayu setelah Umno dilihat agak lemah dalam membina Melayu. Apabila ditubuhkan, Perkasa lari dari tujuan asal.

“Perkasa lebih kepada politik. Awalnya ditubuhkan sebagai NGO Melayu. Apabila terlibat dengan politik, objektifnya bercampur-campur.

“Pendesak Melayu tidak seharusnya menyertai politik kerana banyak perkara lain yang boleh membantu Melayu,” katanya.

Yammy berkata hal berkaitan Perkasa ini baru sahaja dimaklumkan kepada anaknya maka disebabkan itu berlaku beberapa kekeliruan.

“Baru-baru ini sahaja. Dyana pun belajar. Jarang bercakap dengan saya tentang hal ini,” katanya.

Dyana ketika ditanya media mengapa mengubah kenyataannya, menjawab: “Banyak saksi di sini apabila saya katakan saya tak sedar sama ada ingat atau tidak.

Tiada ulasan: