HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Mei 2014

Dapur berasap untuk warga jalanan

MALAYSIAKINI


 


Inisiatif sendiri, tidak dibayar, mereka membelanjakan wang poket dan meluangkan masa untuk pihak yang kurang bernasib baik.

Hujung minggu lalu, program komuniti Dapur Jalanan meneruskan acara mengedar makanan di Jalan Panggung, Kuala Lumpur dengan menu makaroni dan roti canai.

Saya mengikuti dengan dekat program tersebut, bermula dari proses penyediaan makanan di dapur mereka di satu unit rumah kedai di Jalan Kemuja, Bangsar, di ibu negara.

Seramai kira-kira 40 orang sukarelawan – terdiri daripada anak muda dan siswa tempatan – memenuhi ruang sempit tersebut untuk memasak dan membungkus makanan sejak jam 2 petang.

Program mingguan dengan tema “Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa” itu mensasarkan golongan gelandangan di pusat bandar Kuala Lumpur – setiap orang dengan kisah tersendiri.

Salah seorang daripadanya, seorang warga emas berusia 70 tahun menceritakan kepada Malaysiakini, beliau menjadikan sebuah surau di Kampung Baru sebagai tempat berteduh sejak 30 tahun lalu, selepas diabaikan oleh anak-anaknya.

Wanita itu merupakan antara 50 orang yang tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan makanan dan barang-barang keperluan dari Dapur Jalanan pada setiap hari Ahad di Jalan Panggung.

Sambil merakam gambar, saya turut mengamati golongan yang hadir ke program tersebut dan mengikuti perbualan sesama mereka.

Turut diperhatikan, daripada bahasa pertuturan yang digunakan, golongan ini berasal dari segenap pelosok negara, yang berhijrah ke Kuala Lumpur.

Walau tiada tempat tinggal, mereka tetap kelihatan kemas, hasil sumbangan pakaian di program berkenaan.

Ada juga yang menyatakan dengan gembira bahawa berat badan mereka sudah naik sedikit selepas menerima makanan dan keperluan dari Dapur Jalanan.

Selain makanan dan pakaian, para sukarelawan itu turut membekalkan barang keperluan seperti alat kebersihan diri dan keperluan wanita.

Antara sukarelawan yang membantu pada hari itu ialah para pelajar dari Kolej 17, Universiti Putra Malaysia dan siswa jurusan pergigian Universiti Islam Antarabangsa, Kuantan

Tiada ulasan: