MALAYSIAKINI
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, Menteri Dalam Negeri
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seolah-olah menggunakan logik yang sama
seperti Adolf Hitler menjelaskan tindakan ke atas golongan Yahudi.
Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata, Zahid tidak sepatutnya
membuat tanggapan stereotaip ke atas sesuatu komuniti sebagai golongan
kaya, sedangan terdapat juga masyarakat Cina yang miskin.
“Bagaimana orang Cina boleh meninggalkan orang Melayu dan India dengan
mengundi DAP? Saya tidak tahu apa logik yang digunakan oleh Zahid,
melainkan untuk mengatakan bahawa ia logik sama yang digunakan Hitler
untuk menjustifikasi penghapusan entik Yahudi.
“Dalam sebuah demokrasi, setiap warganya berhak untuk memilih, tanpa
rasa takut atau pilih kasih, tanpa ancaman atau godaan wang tunai atau
hadiah.
"Apa gunanya membuat pilihan raya demokratik jika pengundi boleh
dianggap tidak mengenang budi kerana mengamalkan kebebasan mereka untuk
memilih?," katanya.
Kenyataan menghasut oleh Zahif itu jelas sekali bertujuan untuk mencipta
kebencian kaum dan rasa takut di kalangan masyarakat Cina Teluk Intan
bagi memaksa mereka mengundi BN.
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga perlu menyangkal kenyataan rasis Zahid itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan