HALAMAN SANTAI
Khamis, 29 Mei 2014
30 perkosa gadis 15 tahun: 12 ditahan setakat ini
Polis memberkas 12 orang termasuk seorang gadis berusia 17 tahun bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan lebih 30 suspek dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Baru, ACP Azham Othman berkata empat daripada mereka termasuk gadis berusia 17 tahun itu diberkas jam 4 pagi semalam di Ketereh dan mereka kini ditahan reman selama tujuh hari.
Katanya, perintah reman terhadap tiga lelaki berusia antara 17 dan 30 tahun serta gadis berkenaan bermula semalam.
"Polis menahan lapan lagi suspek berkaitan kes itu masing-masing pada jam 4 pagi dan 10.30 pagi semalam di sekitar Ketereh," katanya.
Beliau berkata, polis akan mendapatkan perintah reman terhadap semua lapan suspek berusia 20 hingga 30-an itu hari ini.
Katanya, semua suspek lelaki yang ditahan juga positif dadah sementara gadis itu pula dipercayai membantu suspek lain dalam kejadian tersebut.
Azham berkata, polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan saki-baki suspek dalam kes yang disiasat menurut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian. – Bernama,
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan