HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Mei 2014

Dua NGO kecam kenyataan seksis menteri kepada Dyana Sofya

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


Persatuan Wanita untuk Wanita Perak bersama Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor mengecam kenyataan seksis menteri Kabinet yang terus menjadikan gender sebagai modal menyerang calon DAP Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud. – Gambar The Malaysian Insider, 28 Mei, 2014. Persatuan Wanita untuk Wanita Perak bersama Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor mengecam kenyataan seksis menteri Kabinet yang terus menjadikan gender sebagai modal menyerang calon DAP Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud. – Gambar The Malaysian Insider.    

































Dua badan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengecam kenyataan menteri Kabinet yang terus menjadikan gender sebagai modal menyerang calon DAP Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud.

Persatuan Wanita untuk Wanita Perak (PWW) dan Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor meminta pihak yang berkenaan segera menghentikan serangan berbentuk seksis kepada Dyana Sofya sebaliknya memfokuskan kepada isu kempen pilihan raya.

"Ia kenyataan daripada menteri Persekutuan. Bagaimana kita berharap lebih wanita menunjukkan kebolehan mereka dalam politik jika dikritik berdasarkan gender.

"Kenyataan menteri melihatkan beliau menitikberatkan kecantikan Dyana. Tiada yang melihat kita sekarang ketandusan pemimpin. Mereka tidak menunjukkan keyakinan terhadap Dyana," kata Naib Presiden PWW, Sumathi Sivamany pada satu sidang media di Teluk Intan, hari ini.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin menyifatkan Dyana tidaklah secantik seperti yang dilihat dalam gambar dan telvisyen.

Dua hari sebelumnya, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata adakah Dyana patut diundi kerana memakai gincu dan bersolek.

Tiada ulasan: