HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Mei 2014

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2014 Naik Sebanyak 30%? Bendung Gelombang Cukai GST Tahun 2015?




gaji Kakitangan Awam


Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2014 Naik : Semua sedia maklum pada bulan Mei 2015 akan bermula gelombang pengenalan GST kepada rakyat Malaysia tidak kira kepada golongan rakyat marhaen samada berpendapatan tinggi mahupun serdahana.

Begitu juga kepada kelompok taikun kaya di Malaysia (SEPERTI DISINI) juga tidak akan terlepas untuk membayar GST sebanyak 6% setiap kali berbelanja walaupun mereka hidup bagaikan syurga dunia apabila terlepas membayar cukai orang kaya (SEPERTI INI) di Malaysia. Hakikatnya…..

Hakikatnya pengenalan GST bakal memberikan satu lagi bebanan kepada rakyat Malaysia kepada kenaikan kos sara hidup di Malaysia. Jikalau bukan bebanan seperti yang banyak kelihatan “ayat-ayat indah” di dalam iklan di media elektronik dan papan tanda di seluruh Malaysia, masakan tidak GST ini diperkenalkan daripada dahulu lagi selepas beberapa siri penangguhan sebelum ini? Ehemmm……

Walaubagaimanapun ya, Berita Semasa akui cukai GST adalah sistem cukai antara terbaik & efisien bagi usaha negara untuk meningkakkan punca pendapatan kepada kepada kerajaan Malaysia. Tetapi bukan diperkenalkan 6% serta-merta kepada rakyat Malaysia, bagi Berita Semasa untuk tujuan pengenalan dan lebih baik ia dimulakan 2%-3% terlebih dahulu. Sekadar pandangan….

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Naik Vs GST 2015?

Dan terbaru, Cuepacs sebagai gabungan yang cukup prihatin dengan masalah yang bakal menimpa kakitangan awam di Malaysia tampil dengan cadangan terbaru kepada kerajaan Malaysia supaya diumumkan kenaikan gaji kakitangan awam 2014 sebanyak 30% dengan harapan ia sedikit sebanyak membantu kalangan kakitangan kerajaan bersedia untuk menghadapi sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dijangka dilaksanakan pada 1 Mei 2015.

 Setuju?

Tiada ulasan: