OLEH MOHD FARHAN DARWIS
Pertemuan Datuk Seri Najib Razak di kediaman
rasminya di Seri Perdana, Putrajaya hari ini bersama Pengerusi Badan
Perhubungan Umno Negeri membincangkan berkenaan pengguguran Tan Sri
Muhyiddin Yassin daripada Kabinet, kata sumber.
Pemimpin Umno yang tidak mahu dinamakan itu memberitahu media,
pertemuan tertutup itu turut membincangkan berkenaan rombakan Kabinet
namun tidak menyentuh berhubung isu membabitkan pelucutan jawatan Tan
Sri Abdul Gani Patail tidak dibincangkan dalam pertemuan itu.
Pertemuan berkenaan yang berlangsung sejak jam 5.30 petang berakhir kira-kira 2 jam kemudian.
Antara yang turut kelihatan hadir di kediaman rasmi perdana menteri itu
adalah, Pengerusi Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim,
Datuk Seri Mohamad Hasan (Negeri Sembilan), Datuk Seri Mukhriz Mahathir
(Kedah) dan Datuk Seri Idris Haron.
Selain itu, turut kelihatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri
Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir
(Perak), dan Datuk Seri Khaled Nordin (Johor).
Turut dilihat memasuki kawasan kompleks kediaman itu kira-kira pukul
5.30 petang adalah Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden
Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang dan Kelantan bagaimanapun difahamkan hanya menghantar wakil mereka.
Anggota Majlis Tertinggi Umno seharusnya mengadakan mesyuarat hari ini,
namun susulan pengguguran Muhyiddin daripada barisan Kabinet Najib pada
Selasa, mesyuarat itu dibatalkan.
Pembatalan mesyuarat itu dimaklumkan kepada anggota Majlis Tertinggi
melalui satu surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk
Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Muhyiddin bagaimanapun masih lagi menjawat timbalan presiden Umno.
Beliau pada sidang media di kediamannya sebelum ini menyuarakan keyakinan kedudukannya dalam parti Melayu itu akan selamat.
Selain beliau, Datuk Seri Shafie Apdal turut digugurkan daripada
Kabinet Najib selepas kedua-dua mereka lantang mengkritik cara Najib
menguruskan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad.
HALAMAN SANTAI
Jumaat, 31 Julai 2015
SAMA SEPERTI KES ALTANTUYA, NAJIB MESTI BERANI BERSUMPAH SEKALI LAGI
shahbudindotcom
Isu
wang RM2.6 bilion yang didakwa masuk ke dalam akaun peribadi Najib
Razak kembali hangat memanaskan atmosfera politik negara berikutan
bocornya video rakaman Muhyiddin Yassin memperkatakan mengenainya sejak
semalam.
Dalam
video perbualan yang antaranya dihadiri oleh Mukhriz Mahathir dan Abdul
Kadir Sheikh Fadzir itu, Muhyiddin yang baru dipecat sebagai Timbalan
Perdana Menteri mengatakan Najib mengakui tentang kemasukan wang itu ke
dalam akaun peribadinya ketika beliau bersemuka dengannya.
Dengan
ini, walaupun sudah ditubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasatnya,
orangramai akan kembali bercakap, mengeluarkan hujah dan mencipta
pelbagai teori mengenainya selagi tiada penafian yang betul-betul kukuh
dan mantap daripada Najib sendiri.
Di
kepala orangramai ketika ini, mereka percaya wang itu betul-betul wujud
dan sekaligus menjadikan kepercayaan rakyat semakin menipis serta
menjauh daripada Najib. Tambahan lagi sehingga ini, beliau hanya
mengatakan tidak pernah menggunakan wang 1MDB unfuk kegunaan peribadi
saja.
Dengan
terbocornya video yang mengatakan Muhyiddin sudah bersemuka dan Najib
sendiri mengaku mengenai wang itu, ia tambah mengukuhkan lagi keyakinan
ramai mengenainya.
Meskipun
dipecat dan kehilangan jawatannya, berbanding Najib, Muhyiddin
nampaknya lebih memenangi perang persepsi dan kepercayaan rakyat
berkaitan isu wang RM2.6 bilion ini.
Mengukuhkan
lagi ialah Najib tetap membisu meskipun setelah video perbualan
Muhyiddin itu tersebar luas. Jabatan Perdana Menteri juga kelu lidah
dibuatnya. Hanya Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan yang tampil
menyebut bahawa dakwaan Muhyiddin itu tidak betul kerana katanya, Najib
tidak pernah menggunakan wang 1MDB serta tiada sebarang kemasukan wang
ke dalam akaun peribadinya.
Tetapi
yang lebih kelakar ialah bila ada pula mengatakan urusan wang itu
merupakan hal peribadi Najib dan tidak ada sesiapa, termasuk Muhyiddin,
berhak mengetahui atau mencampurinya.
Dalam
cubaan mengampu dan membodek yang kononnya bertahap pemikir itu, ia
dalam waktu yang sama seolah-olah mengesahkan wang RM2.6 bilion itu
benar-benar mengalir masuk ke dalam akaun bank Perdana Menteri.
Memang
akaun bank adalah hak peribadi seseorang, tetapi oleh kerana Najib
merupakan Perdana Menteri, rakyat berhak mengetahui daripada sumber
mana wang itu diperolehi dan apa tujuan dimasukkan ke dalam akaun
peribadinya jumlah yang sebegitu besar. Lainlah jika Najib seorang ahli
perniagaan atau usahawan biasa yang tiada kaitan secara langsung dengan
rakyat yang membayar cukai.
Ini
menjadikan selagi Najib sendiri tidak berterus-terang mengenai wang
tersebut, bahananya akan terus berlarutan dan membadai, bukan saja
keyakinan rakyat terhadap dirinya, malah kepada UMNO dan BN sehinggalah
tarikh pilihanraya umum akan datang.
Pilihan
terbaik bagi Najib ketika ini adalah dengan pergi ke mana-mana masjid,
junjung Al Quran dan berumpahlah dengan nama Allah bahawa wang RM2.6
bilion itu tidak pernah masuk ke dalam akaun peribadinya dan dakwaan
terhadapnya itu fitnah serta dusta semata-mata.
Jika
dalam kes Altantuya yang dikaitkan dengannya, beliau dengan berani
bersumpah tidak mengenali wanita Mongolia itu, Najib juga sewajibnya
berani berbuat demikian sekali lagi untuk membersihkan namanya serta
mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan kerajaan yang
dipimpinnya.
Walaupun
perbuatan bersumpah ini masih banyak dipertikaikan dari segi wajar atau
tidaknya dari sudut agama, ia sekurang-kurangnya menunjukkan Najib
berani berdiri atas panji-panji kebenaran dan dalam masa yang sama
memudahkan jentera propaganda dan tentera siber UMNO memperjelaskan isu
tersebut kepada rakyat jelata.
Sumpah
Najib itu setidak-tidak boleh diviralkan di alam maya dan media sosial
untuk membuktikan dirinya benar-benar bersih daripada dakwaan tersebut.
Isu
wang berbilion ini sebenarnya bukan saja harus ditangani dari aspek
undang-undang, tetapi perlu juga diredakan dari sudut persepsi dan
keyakinan rakyat, sekurang-kurangnya sehingga pasukan petugas khas
melakukan siasatan dan mengumpul bukti-buktinya.
Seperti
dalam kes Altantuya, Najib bersumpah dulu pun ketika perbicaraan kes
itu sedang berjalan di mahkamah dan ia dilakukan semata-mata untuk
menepis persepsi umum yang tidak habis-habis mengaitkannya dengan wanita
tersebut.
Jika dulu boleh bersumpah, kenapa tidak sekarang ini?
Lagi
pun, dengan bersumpah itu tidaklah nanti ia menjadikan penjelasan
banyak pihak dalam UMNO jadi berbeza-beza dan pakai logik akal
masing-masing saja. Sumpah itu saja sudah memadai sebagai hujah paling
kukuh untuk mempertahan dan menafikan sebarang kaitan Najib dengannya.
Najiib sedang cari idea untuk hadapi serangan balas Muhyiddin
MSO
Petang ini Najib Razak akan mengadakan pertemuan tertutup dengan Pengerusi Perhubungan Umno negeri-negeri yang mana ia dilihat sebagai penjelasan terperinci berhubungan tindakan mengejut yang dibuatnya memecat Muhyuddin Yassin sebagai TPM Selesa lalu.
Walaupun pengerusi perhubungan negeri-negeri sudah menerima hakikat yang berlaku lebih 72 jam lalu, tetapi ada yang berasakan tindakan Najib itu sebagai janggal. Makanya Najib perlu memberi justifikasi atas tindakannya.
Pertemuan petang ini juga dilihat sebagai langkah susulan sebagai menghadapi sebarang kemungkinan serangan balas daripada Muhyiddin dan penyokongnya yang tidak berpuas hati dengan tindakan Najib itu. Apa ditunggu Najib ialah gerak balas dari Dr Mahathir Mohamad. Sehingga kini Dr Mahathir masih belum berbuat apa-apa ekoran pemecatan Muhyuddin itu.
Walaupun Muhyuddin mengatakan beliau reda dengan tindakan itu, tetapi ia bukan satu kenyataan yang iklhas dan Najib boleh menerima ia sebagai jawaban Muhyiddin yang tidak perlu dipertikaikan. Kebimbangan bagi Najib juga kerana bukan sahaja dia terpaksa berhadapan dengan penyokong bekas TPM itu tetapi penyokong Shafei Afdal juga yang turut sama dipecat. Ketumbukan Muhyiddin akan menjadi lebih besar kalau ada gabungan dengan armada perang dari Shafei Afdal.
Kenyataan daripada beberapa ketua bahagian dan juga individu yang mezahirkan rasa terkejut dan bersimpati kepada Muhyiddin tentunya ditafsirkan oleh penasihat Najib ia sebagai protes kepada perdana menteri itu.
Apa lagi ada beberapa ketua bahagian yang secara terang-terangan mahukan Muhyiddin merasmikan mesyuarat bahagian mereka menunjukkan simpati kepada Muhyiddin. Apa diharapkan oleh Najib, sepatutnya semua bahagian Umno yang mengundang Muhyiddin merasmikan mesyuarat bahagian masing-masing dibatalkan apabila beliau (Muhyiddin) disingkir.
Dari kaca mata politik penyingkiran Muhyiddin sebagai TPM, secara automatik ia juga merupakan penyingkiran sebagai timbalan presiden. Ke situlah maksud sebenarnya. Tetapi disebabkan jawatan itu dibuat dalam perhimpunan agung Umno, maka ia perlu diuruskan oleh perwakilan. Perwakilan berhak dan mempunyai mandat menentukannya.
Situasi ini sedikit meresahkan Najib dan ia menyebabkan PM itu dan kabinetnya kini (Umno) tidak begitu licin untuk menguruskan parti. Yang pasti Najib kini berhadapan dengan situasi merungsing dan menyerabutkannya. Bayangan hitam hasil tindakannya itu sedang mengejarnya. Najib kini sangat terganggu. Justeru hendak tidak hendak Muhyiddin harus disingkirkan juga dari jawatan itu.
Ada dua kaedah sahaja untuk menyingkirkan Muhyiddin sebagai timbalan presiden Umno, pertama menerusi perhimpunan agung khas, kedua dengan memecat Muhyiddin sebagai ahli Umno. Najib boleh mengguna pakai teori kejam Dr Mahathir menyingkirkan Anwar 17 tahun lalu untuk menamatkan krisis beliau dengan Muhyiddin dalam Umno kini. Tetapi apakah Najib sedia berhadapan dengan demonstrasi mendesaknya turun?
Mungkin para penasihat Najib sedang mengkaji kesan dan implikasi kepada apa-apa tindakan yang akan diambil nanti. Terbaik bagi Najib untuk menyelesai dan menyelamatkan kedudukan dari tidak diganggu Muhyiddin ialah apabila Muhyiddin tidak lagi menjadi timbalan presiden. Dengan mengekalkan jawatan itu Muhyiddin masih boleh bersuara atas kapasiti jawatan itu.
Apakah akhirnya Najib akan memecat Muhyiddin? Memecat tanpa ada kesalahan besar satu kesilapan dan ia akan membakar diri Najib seperti mana yang menimpa Dr Mahathir. Dan waktu ini Muhyiddin pula sangat berhati-hati bagi mengelakkan beliau dianggap melakukan apa-apa kesalahan sehingga dipecat dari Umno.
Pertemuan Najib petang ini dengan ketua perhubungan adalah dalam rangka mencari penyelesaian dan jawaban serta akal fikiran macam mana untuk berhadapan dengan gelombang yang terwujud ekoran pemecatan Muhyiddin itu?

Isu Kertas Pertuduhan Hangat, AG Baru Dakwa Ia Konpirasi Jatuhkan Najib...
KELAB GREENBOC
AG baru tak tahu menahu tentang 'kertas pertuduhan' terhadap PM
Peguam Negara (AG) yang baru dilantik Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak tahu menahu mengenai satu draf yang dikatakan berupa satu kertas pertuduhan yang didakwa disediakan oleh AG sebelum ini terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
"Saya tidak tahu apa-apa mengenai laporan itu, jadi saya tidak boleh komen, okay?" katanya kepada Malaysiakini.
Ditanya sama ada beliau menganggap ini satu perkara yang serius, beliau menjawab: "Saya tidak tahu, bukan untuk saya komen."
Menjawab satu lagi soalan sama ada beliau akan meneliti perkara itu, Apandi, yang memegang jawatan peguam negara sejak hari Isnin, berkata: "Saya penat sangat. Jadi boleh saya berehat? Terima kasih."
Beberapa orang, seperti ketua biro undang-undang PKR Latheefa Koya dan peguam Lawyers for Liberty, Michelle Yesudas, telah tweet dokumen yang muncul di Sarawak Report.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta rang ramai menghentikan sebarang penyebaran khabar angin.
“Laporan-laporan sebegini yang tidak sah asal usulnya akan mengelirukan orang ramai,” katanya di Twitter.
Selain Najib, kertas tuduhan itu menamakan seorang bekas pengarah urusan yang ditahan oleh pasukan petugas khas 1MDB dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan, dan Nik Faisal Ariff Nik Othman Kamil.
Pasukan petugas itu masih dalam proses mengesan Nik Faisal yang juga pengarah urusan bekas anak syarikat 1MDB - SRC International.
Berikutan penamatan secara tiba-tiba perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara, wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin, yang rapat dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah bertanya di blognya sama ada ini kerana beliau (Gani) di ambang mendakwa individu tertentu.
Apabila berita tersebar bahawa perkhidmatan Abdul Gani telah ditamatkan kerana masalah kesihatan, bekas AG itu sendiri nampaknya tidak tahu menahu mengenainya.
Bagaimanapun, Abdul Gani enggan mengulas sama ada ianya ada kaitan dengan siasatan pasukan petugas khas.
Walaupun membuat beberapa percubaan, Malaysiakini tidak dapat menghubungi Abdul Gani untuk mendapatkan komen beliau mengenai dakwaan berhubung draf kertas pertuduhan itu.
Mengulas mengenai perkara itu, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, yang telah melihat draf kertas pertuduhan itu, berkata ia mengandungi tuduhan yang paling serius terhadap perdana menteri.
Manakala pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang juga menggesa kerajaan untuk menjelaskan isu kertas pertuduhan itu.
"Hakikatnya adalah khabar angin telah tersebar sejak beberapa hari bahawa tindakan akan diambil terhadap pihak berkuasa paling tinggi yang terlibat dalam siasatan 1MDB itu.
"Dengan apa yang dipanggil sebagai eksklusif dari Sarawak Report ini, AG (baru) dan PM mesti tampil menjawabnya," katanya kepada Malaysiakini.
Perdana menteri telah menafikan menggunakan dana awam untuk tujuan peribadi. -mk

AG: Kertas pertuduhan palsu menunjukkan konspirasi untuk jatuhkan PM
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata apa yang didakwa draf kertas pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Abdul Razak yang disiarkan di laman web pemberi maklumat Sarawak Report adalah palsu.
Beliau juga berkata, kertas pertuduhan itu menunjuk ke arah satu konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri dan memberi amaran tindakan tegas terhadap pelakunya.
Ia, katanya, menunjukkan satu ancaman terhadap demokrasi Malaysia dan beliau akan arahkan semua tindakan diambil untuk menyiasatnya.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas tengah malam tadi, beliau berkata, undang-undang akan digunakan sepenuhnya tanpa pengecualian terhadap sesiapa yang didapati bersalah.
Semalam, Malaysiakini melaporkan kertas pertuduhan itu telah disebarkan di media sosial berserta dakwaan yang ia ada kaitan dengan penamatan secara tiba-tiba perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara pada hari Isnin.
Walaupun sebab rasmi yang diberikan ialah masalah kesihatan, tetapi Abdul Gani sendiri nampaknya tidak tahu menahu mengenainya dan enggan mengulas sama ada ia ada kakitan dengan siasatan pasukan petugas khas terhadap 1MDB.
Lewat malam tadi, ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah, melalui twitter, menafikan berhubung kertas pertuduhan itu.
Sementara itu, Mohamad Apandi berkata kertas pertuduhan yang didakwa itu, "tidak di dalam dan tidak pernah sampai" kepada jabatan tersebut.
Tambahan pula, katanya, format kertas tuduhan itu adalah tidak betul atau ditulis oleh jabatannya.
Peguam negara yang baru dilantik itu juga menegaskan bahawa memandangkan pasukan petugas khas itu belum menyelesaikan siasatan, maka tidak mungkin di segi perundangan, bagi kertas pertuduhan dirangka lebih awal.
Menurut kertas pertuduhan yang dikatakan itu, yang didakwa didraf oleh Abdul Gani, perdana menteri akan didakwa atas tuduhan rasuah, dengan tuduhan alternatif melakukan pecah amanah.
Ini dikatakan berkaitan dengan pemindahan RM27 juta oleh SRC International, yang ketika itu anak syarikat 1MDB, ke dalam akaun bank Najib.
Selain Abdul Gani yang ditamatkan perkhidmatannya sebagai AG, perkembangan pada minggu ini juga menyaksikan Najib menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada kabinet.
Turut digugurkan ialah Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal, yang merupakan bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah.
Kedua-dua Muhyiddin dan Shafie kritikal terhadap 1MDB.
Najib juga melantik empat daripada lapan ahli Parlimen BN yang menganggotai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), termasuk bekas pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed, sebagai menteri dan timbalan menteri.
Ini mencetuskan spekulasi bahawa ia adalah satu percubaan untuk menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan oleh PAC terhadap dalam 1MDB.
Saga 1MDB memuncak awal bulan ini selepas Sarawak Report dan Wall Street Journal, yang memetik maklumat yang diperolehi daripada sumber-sumber Malaysia, mendakwa bahawa RM2.6 bilion dana berkaitan 1MDB telah didepositkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
Berikutan itu, Najib menafikan menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan menuduh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di belakang usaha untuk menyingkirkannya dengan bekerjasama dengan pihak seperti Sarawak Report.
Pada hari Rabu, satu video muncul yang menunjukkan Muhyiddin memberitahu beberapa tetamu di rumahnya, termasuk anak Mahathir yang juga menteri besar Kedah, Datuk Mukhriz, mendakwa Najib mengaku wang itu dipindahkan ke dalam akaunnya.
Perdana menteri belum lagi mengulas mengenai video tersebut. yang telah tersebar luas.
Gani Patail perlu bersuara jika kertas pertuduhan PM benar, kata PKR
Tan Sri Abdul Gani Patail perlu mengesahkan kesahihan draf kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata PKR hari ini.
Ketua Biro Guaman dan Undang-undang PKR Latheefa Koya berkata, selagi bekas peguam negara belum menafikan atau mengesahkan kesahihan dokumen disiarkan Sarawak Report itu, adalah salah untuk membuat kesimpulan.
"Demi kepentingan umum, diharapkan Gani untuk tampil ke depan dan menjelaskan perkara ini," kata Latheefa dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, pagi ini.
"Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak boleh membuat kesimpulan dengan mendakwa terdapat satu plot untuk menjatuhkan PM semata-mata kerana rupa kertas pertuduhan yang didakwa ini. Di manakah bukti bagi apa-apa rancangan jahat?," katanya.
Semalam Sarawak Report mendedahkan kertas pendakwaan dikatakan disediakan bekas peguam negara terhadap perdana menteri dan bekas pengarah urusan yang ditahan pasukan petugas khas dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan Nik Faisal Ariff Nik Othman Kamil.
Pejabat Peguam Negara menafikan mereka mendraf kertas pendakwaan terhadap Najib seperti didedahkan laman Sarawak Report, kata Datuk Tun Abdul Majid Hamzah.
Timbalan peguam cara negara II itu berkata demikian melalui akaun Twitternya malam tadi: "Draf kertas pendakwaan seperti disiarkan Sarawak Report tidak dikeluarkan Pejabat Peguam Negara," katanya melalui akaun Twitter @TAMajid.
Bagaimanapun, Pejabat Peguam Negara menafikan kewujudan kertas pertuduhan terhadap Najib, dan dakwaan itu menunjukkan ada konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri menggunakan kesalahan jenayah, kata Apandi.
Peguam negara yang baharu dilantik itu berkata plot menjatuhkan Najib adalah ancaman kepada demokrasi rakyat Malaysia dan siasatan akan dijalankan.
“Kertas pertuduhan yang dikatakan itu menunjukkan ada konspirasi menjatuhkan perdana menteri sedang berkhidmat dengan membabitkannya dengan jenayah, dan kaedah itu termasuk membocorkan maklumat,” kata Apandi dalam satu kenyataan.
Beliau berkata pasukan petugas khas yang menyiasat skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih belum melengkapkan siasatan maka tidak mungkin kertas pertuduhan dapat disediakan lebih awal.
"Tuduhan warga asing Clare Rewcastle-Brown dalam blog politik Sarawak Report tidak benar," katanya. -TMI
Muhyiddin tak akan cabar penggugurannya
MALAYSIAKINI
Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa beliau tidak akan mencabar keputusan penggugurannya dari Kabinet.
“Saya tidak akan melawan kerana saya sangat sayangkan parti ini,” katanya dalam ucapan kepada pemimpin bahagian BN di Pagoh pada malam tadi.
Laporan China Press menyebut, timbalan presiden Umno itu juga menggesa semua pemimpin parti agar mengutamakan kepentingan parti dan tidak bertindak mengikut perasaan.
Menurut laporan itu, Muhyiddin, 68, kelihatan sebak ketika berkongsi perasaan anggota keluarganya kepada para hadirin.
Muhyiddin berkata, beliau tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak disebabkan penglibatannya dalam politik sejak tiga dekad lalu.
"Kini, anggota keluarga saya sangat bimbang dengan keadaan saya,” katanya.
Pertemuan di pejabat Umno bahagian Pagoh itu dihadiri oleh kira-kira 800 orang, termasuk pemimpin MCA dan MIC tempatan.
Muhyiddin digugurkan dari Kabinet pada hari Selasa lalu, tidak lama selepas membuat kenyataan yang kritikal ke atas 1MDB.

Kuasa veto tidak jejaskan hubungan Malaysia-Rusia
KUALA LUMPUR - Rusia yakin tindakannya menggunakan kuasa veto terhadap resolusi yang dirintis Malaysia untuk menubuhkan tribunal jenayah antarabangsa bagi insiden menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 tidak akan menjejaskan hubungan kedua-dua negara.
Duta Rusia ke Malaysia, Valery Yermolov berkata penggunaan kuasa veto itu tidak akan menjejaskan sokongan Rusia kepada Malaysia dan negara lain yang mahukan keadilan untuk mangsa, sebaliknya ia bertujuan menghalang tragedi itu daripada dipolitikkan sesetengah pihak.
"Harapan dan undian kami di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu bukan kerana menentang Malaysia."
Rusia, pada 29 Julai lepas, menggunakan kuasa veto untuk menghalang cadangan lima negara yang dirintis Malaysia, untuk menubuhkan tribunal jenayah antarabangsa bagi membicarakan mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh penerbangan MH17 tahun lepas.
Yermolov berkata Rusia akan menyokong sebarang langkah oleh negara terlibat untuk mendakwa mereka yang terbabit dengan tragedi itu sebaik keputusan siasatan diperolehi.
Kesemua 298 penumpang dan anak kapal penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terkorban apabila pesawat itu ditembak jatuh di Donetsk di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lepas. - Bernama
Undang-undang jenayah Islam bakal dilaksana
Wartawan Sinar Harian
PETALING JAYA - Undang-undang jenayah Islam, diyat akan dibawa kepada
pihak kerajaan untuk membolehkan hukuman itu dilaksanakan di negara ini.
Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood
Zuhdi Abd Majid berkata, perkara itu akan dibawa secepat mungkin selepas
perbincangan dalam jawatankuasa yang ditubuhkan MDN berkaitan diyat,
selesai.
Menurutnya, diyat merupakan satu bentuk pampasan yang akan diberikan
oleh pelaku kepada mangsa dalam kes kematian ataupun kecederaan yang
dilakukan tanpa sengaja.
“Kita lihat dalam undang-undang sekarang, apabila berlaku kemalangan,
pampasan yang dibayar oleh pihak insurans adalah sedikit dan tidak
mencukupi untuk menampung kehidupan mangsa.
“Manakala individu yang menyebabkan kemalangan itu pula akan masuk
penjara. Sedangkan dalam diyat, pesalah hanya perlu membayar pampasan
dan tidak akan masuk penjara (jika kemalangan terjadi tanpa
sengaja),”katanya dalam sidang media selepas persidangan meja bulat
tentang diyat sebagai satu agenda pelaksanaan undang-undang jenayah
Islam, semalam.
Menurutnya, apabila diyat dilaksanakan, keluarga mangsa dapat
meneruskan hidup dan tertegaknya konsep keadilan kepada individu yang
tidak sengaja menyebabkan kemalangan itu.
“Dari segi pembayaran pula, bukan pelaku yang akan membayarnya,
sebaliknya ia terpulang kepada pihak insurans. Perkara tersebut
(berkaitan pembayaran dan dana) akan dikaji dahulu dalam
jawatankuasa,”katanya.
Kata Mahmood Zuhdi, jawatankuasa itu akan terdiri daripada pensyarah
universiti, peguam, pemikir Islam dan pengamal perbankan dan takaful.
“Saya yakin hukuman ini akan berjaya dilaksanakan oleh kerajaan sedia ada dan sebelum PRU14 akan datang,”katanya.
Jelasnya, antara negara yang sudah melaksanakan hukum diyat ini ialah seperti Arab Saudi dan Iran.
“Namun, kalau dilihat mereka melaksanakannya dengan agak konservatif.
Jadi kita mahu Malaysia jadi contoh pelaksanaan diyat yang
terbaik,”katanya.
Beliau turut yakin masyarakat bukan Islam akan turut menyokong hukum diyat ini.
“Diyat ini memberikan keuntungan kepada semua pihak terutama kepada mangsa ataupun kepada individu yang menyebabkan kemalangan.
“Saya yakin masyarakat bukan Islam menyambut baik diyat. Ia juga akan
mengurangkan rasa prejudis orang bukan Islam terhadap hukum Islam,”
katanya.
Pertemuan tertutup Najib dengan pemimpin Umno
Wartawan Sinar Harian
SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno petang tadi dilaporkan mengadakan pertemuan secara tertutup di kediaman rasminya di Seri Perdana.
Memetik laporan Astro Awani, pertemuan itu dipercayai melibatkan pimpinan Umno negeri termasuk menteri-menteri besar dan menteri.
“Beberapa kenderaan dengan nombor plat Menteri Besar kelihatan memasuki kediaman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak 5 petang tadi,” katanya.
Semalam, media melaporkan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dijadualkan berlangsung di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini telah dibatalkan tanpa memberikan sebab pembatalan tersebut.
Pembatalan itu turut melibatkan Majlis Taklimat Tertutup Isu-Isu Semasa oleh YAB Presiden dan majlis sambutan Hari Raya yang dijadualkan diadakan pada hari yang sama.
Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim turut ditemui sebelum memasuki pintu kediaman Najib.
Ditanya pemberita apa yang bakal dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan, beliau hanya menjawab, “macam-macam.”
Difahamkan isu rombakan Kabinet yang menyaksikan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan dan pelantikan Peguam Negara yang baharu akan dibincangkan.
Ditahan bawa wang palsu ke mahkamah
MALAYSIAKINI
Seorang lelaki yang mahu menghadiri perbicaraan di Mahkamah Majistret Temerloh berkaitan kesnya yang menghadapi tuduhan menggunakan wang palsu ditahan kerana turut membawa sejumlah wang palsu ke mahkamah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontijen Pahang, Superintendan Azizan Md Isa berkata lelaki berusia 35 tahun itu membawa 24 keping wang kertas palsu bernilai RM100 dan ditahan di perkarangan mahkamah semalam.
"Ciri wang terbabit adalah jelas palsu kerana mempunyai nombor siri yang sama, kualiti kertas yang biasa, warna yang pudar selain gambar Yang di-Pertuan Agong yang kurang jelas," katanya.
Suspek ditahan reman sehingga 3 Ogos manakala tiga lagi rakannya yang berusia 20 hingga 30 tahun yang datang bersamanya turut ditahan.
Beliau berkata tiga daripada mereka memiliki rekod jenayah lampau sementara lelaki berkenaan mempunyai 15 rekod berhubung ugutan jenayah, penipuan, samun, tipu dan menggunakan wang palsu.
Azizan berkata pihak polis masih menyiasat sumber wang palsu tersebut sama ada dicetak sendiri oleh suspek atau diperoleh dari sumber lain.
Beliau berkata kes berkaitan wang palsu di negeri ini meningkat kepada 99 kes dari Januari hingga Julai, berbanding 59 kes untuk tempoh yang sama tahun lepas.
"Setakat ini tahun ini, seramai 10 orang ditangkap kerana terbabit dengan wang palsu dengan jumlah wang yang dirampas bernilai RM12,900 berbanding hanya lapan orang ditangkap tahun lepas dan membabitkan RM9,700," katanya.- Bernama

'Sebab itu saya puji Hadi'
MALAYSIAKINI
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini memuji Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana boleh membuat "penilaian yang betul" berhubung dakwaan terhadap dirinya dan 1MDB.
Ini kerana, kata Najib, dalam isu 1MDB seseorang yang beragama Islam perlu memegang prinsip mencari kebenaran sebelum menuduh seseorang bersalah.
"Sebagai orang yang berpegang pada agama, kita mesti pegang prinsip mencari kebenaran. Kita mesti pegang prinsip tiada sesiapa bersalah selagi tak terbukti kesalahannya.
"Sebab itu saya nak puji Presiden PAS," katanya.
Menurut Najib, walaupun kedua-dua mereka bersaing kerana perbezaan politik, mereka bersependapat bahawa tiada sesiapa boleh dianggap bersalah selagi tidak dibuktikan.
"Ini presiden PAS (yang) cakap. Presiden PAS pun boleh buat penilaian," katanya ketika berucap di sebuah majlis di Putrajaya hari ini.
Pembangkang tahu menilai
Abdul Hadi sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa sebarang tuduhan dan dakwaan terhadap Najib perlu berasas dan memerlukan saksi.
Katanya, Najib hanya manusia biasa dan bukan malaikat. Justeru, kata Ahli Parlimen Marang itu, saksi diperlukan untuk mengesahkan segala dakwaan terhadap perdana menteri.
Sehubungan itu, Najib yang juga Presiden Umno mempersoalkan sesetengah pihak yang dilihat "tumpang semangkuk" mengecamnya dalam isu 1MDB.
"Apa hal orang kita ni? Orang kita tumpang semangkuk, jadi tukang kipas.
"Pembangkang - sesetengah, bukan semua - ada juga yang tahu buat penilaian," kata Najib lagi.
Selain Abdul Hadi, Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din (gambar) juga menyifatkan laporan The Wall Street Journal yang melaporkan pengaliran dana 1MDB bernilai berbilion ringgit ke dalam akaun persendirian Najib sebagai "tidak logik".
Najib menafikan dakwaan itu namun terus berdepan gesaan supaya mengundur diri bagi membolehkan siasatan telus dilakukan.
Ekoran itu, Najib membuat rombakan kabinet dan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan timbalan perdana menteri kerana lantang bersuara dalam isu 1MDB.

Pemimpin Pemuda Umno tuduh Najib khianat
MALAYSIAKINI
Tanda menunjukkan Umno bergolak ekoran pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin mula terlihat lebih jelas apabila dua pemimpin pemuda di Johor meletak jawatan mereka hari ini.
Malah salah seorang daripada mereka mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai "pengkhianat".
Pemimpin pemuda peringkat bahagian itu - Asrul Esreen Mohd Salleh dan Saiful Zakry Ripin - adalah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tenggara.
Menurut Asrul Esreen, peletakan jawatan ini disebabkan perjuangan kepimpinan tertinggi sudah terpesong jauh dari perjuangan asal pemimpin terdahulu.
"Kebanyakan keputusan diambil tidak memihak kepada rakyat. Mana slogan Rakyat Didahulukan?" katanya hari ini.
Menurut Asrul Esreen kes pemecatan Muhyiddin daripada jawatan timbalan perdana menteri juga menunjukkan seseorang yang bercakap benar akan dicantas, manakala "pembela rakyat" akan dipecat.
Dia turut mengecam tindakan Najib melantik anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadi menteri dan timbalan menteri.
Pelantikan itu dibuat ketika PAC sedang giat menjalankan siasatan terhadap agensi 1MDB.
"Perkara yang berlaku ini sangat ketara untuk rakyat seperti saya yang merasakan ini satu pengkhianatan kepada bangsa, agama saya dan parti saya.
"Perkara ini tidak sehaluan dengan perjuangan saya dan pemimpin terdahulu," katanya.
Sementara itu Saiful Zakry berkata dia "malu" dengan tindakan segelintir pemimpin Umno yang bermuka-muka.
"Saya juga berasa malu apabila hendak menjawab soalan-soalan daripada akar umbi tentang tindakan tersebut.
"Dan dikalangan rakan-rakan pembangkang pula, (mereka) memulangkan paku buah keras kepada kami ahli Umno," katanya.
Perkembangan itu bukanlah yang pertama sejak Najib menyingkirkan Muhyiddin.
Semalam Pemuda Umno Labis mengeluarkan kenyataan menuntut Najib mengambil cuti sehingga siasatan berhubung skandal 1MDB diselesaikan.
Ketuanya, Mohd Shahir Huddin Ali berkata tindakan itu dirasakan perlu kerana ia dapat melicinkan proses siasatan yang sedang dijalankan pihak berkenaan.

Rakaman suara babit MB N9 disiasat
SEREMBAN - Polis Negeri Sembilan telah membuka kertas siasatan berhubung kes rakaman audio yang memfitnah Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Asisten Superintendan Nor Azman Muhammad Yusof berkata siasatan telah dimulakan semalam.
"Sejumlah 32 laporan polis berhubung rakaman audio tersebut telah diterima oleh pihak polis dan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana melakukan fitnah," katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.
Semalam, Mohamad dalam satu kenyataan ringkas telah menafikan bahawa rakaman audio yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah
suaranya.
Mohamad menegaskan yang dia tidak ada kena mengena dengan rakaman audio tersebut dan pengakuan yang dibuat oleh individu dalam rakaman video berdurasi
1.54 minit itu. - Bernama
Polis siasat Sarawak Report kerana sebar fitnah
KUALA LUMPUR - Polis kini menjalankan siasatan terhadap portal berita
Sarawak Report kerana disyaki menyebarkan fitnah dengan mendakwa
kononnya wujud draf pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Sri Najib
Tun Razak.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan
dijalankan kerana portal berita itu cuba menganggu gugat sistem
demokrasi berparlimen di negara ini, mengikut Seksyen 124 Kanun
Keseksaan.
"Beberapa laporan polis mula diterima sejak semalam dan polis akan
menjalankan siasatan terhadap fitnah dan dakwaan tidak berasas itu,"
katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan
Warga Asing di Sabah di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari
ini.
Mesyuarat itu dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri dan turut dihadiri
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Khalid menegaskan penafian terhadap laporan Sarawak Report telah
dilakukan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan tidak perlu
untuk polis memanggil beliau ataupun bekas Peguam Negara lain bagi
mengambil keterangan berhubung perkara tersebut.
Peguam Negara hari ini menafikan kewujudan dokumen pertuduhan terhadap
Najib dan tuduhan oleh Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown
dalam blog politik berita itu adalah palsu. - Bernama
DAP desak AG sahkan status kertas pertuduhan PM
NIZAM ZAIN
KUALA LUMPUR - DAP mendesak Peguam Negara yang baharu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan kesahihan kertas pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak yang disiarkan oleh Sarawak Report sekiranya palsu.
Setiausaha Publisitinya, Tony Pua berkata sekiranya benar dokumen itu "dibocorkan" oleh penjawat awam dan ia datang pejabat Peguam Negara, beliau harus mengesahkannya dengan segera.
"Sekarang dia kata ada berlaku jenayah kebocoran dokumen, yang mana satu betul, sama ada kebocoran itu datang dari pejabat Peguam Negara atau tiada langsung.
"Saya rasa Peguam Negara baharu perlu sahkan perkara ini," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mohamed Apandi tengah malam semalam bahawa sesiapa yang didapati bersalah dalam penyebaran kertas pertuduhan itu akan diambil tindakan undang-undang.
[ARTIKEL BERKAITAN: AG nafi draf kertas pertuduhan terhadap PM wujud]
Menurut kertas pertuduhan itu yang didakwa disediakan oleh bekas Peguam Negara, Abdul Gani Patail, Perdana Menteri akan didakwa atas tuduhan melakukan rasuah dan pecah amanah.
Ini dikatakan berkaitan dengan pemindahan RM27 juta oleh SRC International, yang ketika itu anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ke dalam akaun bank peribadi milik Najib.
Sementara itu, pakar Perlembagaan, Dr Aziz Bari pula mencabar Mohamed Apandi supaya mengenakan tindakan terhadap penjawat awam yang terbabit di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Jika betul ada berlaku kebocoran dokumen, tindakan boleh diambil di bawah OSA kerana penjawat awam, mereka ini tertakluk kepada perkara ini.
"Jika Peguam Negara baharu mengambil serius perkara ini, maka tidak boleh buang masa dan kena ambil tindakan segera," katanya lagi.
Aziz Kaprawi: Serpihan sah milik Boeing 777
Wartawan Sinar Harian
SHAH ALAM - Serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di Lautan
Hindi disahkan sebagai salah satu dari bahagian pesawat jenis Boeing
777.
Namun Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi yang mengesahkan perkara itu berkata, bahagian sayap atau ‘flaperon’ itu belum dipastikan milik pesawat MAS, MH370 yang hilang pada Mac 2014.
“Ya, MAS memberitahu saya bahagian sayap yang menunjukkan nombor itu adalah Boeing 777 tapi tak bermakna itu milik MH370. Ia sahkan sayap itu milik (Boeing) 777,” katanya yang dipetik dari laporan The Star.
Pasukan penyiasat dari Malaysia dijangka tiba esok untuk siasatan lanjut.
“Mereka mahu ke lokasi penemuan serpihan itu. Selain itu, mereka juga akan memeriksa beg-beg yang ditemui di pulau dan membuat siasatan di sekitar pulau,” katanya.
Sayap yang ditemui Khamis semalam itu dijangka akan disiasat oleh penyiasat dari Malaysia dan Perancis di makmal yang diiktiraf di Toulouse.

Fokus #KitaLawan untuk turunkan dan tangkap Najib
Oleh: Azuan Ab Rahman
KUALA LUMPUR- Anggota Sekretariat #KitaLawan, Fariz Musa berkata fokus untuk menumbangkan Perdana Menteri, Datuk seri Najib Razak merupakan keutamaan kepada gerakan itu pada masa ini.
Katanya, kredibiliti Najib yang terpalit dengan skandal 1Malaysia Development berhad (1MBD) semakin diragui apabila merombak kabinet bagi menyingkirkan timbalannya baru-baru ini.
“Kita fokus dengan tema ‘Kita Lawan Najib’ kerana kita melihat apa yang berlaku pada negara berpunca dari kelemahan pentadbiran Najib.
“Sebab itu untuk selamatkan negara, kita tidak ada cara lain selain memastikan Najib ditangkap dan diambil tindakan undang-undang,” tambah Fariz dalam sidang media hari ini.
Fariz turut mengingatkan pihak polis supaya tidak mengganggu himpunan pada 29 Ogos ini. Tegasnya, rakyat hanya menuntut hak mereka dan bukan musuh kepada negara.
Sementara itu, Adun Teja, Chan Li Kang berkata, rakyat Malaysia sudah tiada pilihan selain mendesak Najib melepaskan jawatan.
Katanya, rakyat sudah memberi peluang terlalu lama, namun Najib gagal memperbaiki keadaan ekonomi, sebaliknya bertindak menggugurkan pemimpin yang mengkritik pentadbirannya.
Sementara itu, Pemimpin Pemuda Gerakan Harapan Baru, Mohd Fakhrul Razi Mohd Mokhtar berkata, rakyat Malaysia kini menuntut perubahan menyeluruh terhadap kerajaan.
“Rakyat bukan nak melihat perubahan kabinet, tetapi nak melihat perubahan kerajaan. Bukan nak lihat timbalan perdana menteri baru, tetapi nak melihat semua menteri baru termasuk Perdana Menteri yang baru dan bertanggungjawab.
“Kita sebagai anak muda tiada masa untuk bertangguh atau hanya melihat, kita perlu memainkan peranan kita,” tambah beliau.
Mereka sebelum itu hadir dalam satu sidang media oleh #kitaLawan yang mengumumkan sokongan kuat terhadap himpunan Bersih 4.0 yang dijadualkan akan diadakan pada Ogos.

PM perlu bubar Parlimen segera
DETIK DAILY |
Pemuda
Harapan Baru Negeri Perak menegaskan tindakan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak merombak Kabinet Menteri Malaysia tidak menyelesaikan
permasalahan negara.
Tindakan tersebut hanya bersifat menyelesaikan masalah peribadi beliau yang semakin terancam apabila terpalit dengan pelbagai skandal dan kepincangan dalam pemerintahannya.
Ini kerana pimpinan Umno dan orang kanan beliau sendiri semakin berani dalam mempertikai serta mempersoal salah laku yang dikaitkan keatasnya termasuklah isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perlantikan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri baharu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat bukanlah atas dasar kepentingan rakyat, ini kerana timbalan perdana menteri sebelum ini tidak dipersoalkan akan prestasinya oleh mana-mana pihak.
Kami sangat kesal kerana Najib hanya mementingkan kepentingan peribadinya berbanding kepentingan rakyat yang kini semakin dihimpit dengan kos sara hidup.
Pemuda Harapan Baru Negeri Perak yakin rombakan yang dilakukan oleh Najib tidak mendapat sokongan daripada rakyat sebaliknya telah memberi gambaran bahawa Najib sanggup membuat apa sahaja demi mempertahankan kedudukannya.
Rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana sedang berhempas pulas menjalani kehidupan dalam keadaan sangat terhimpit dan terbeban.
Ini disebabkan tindakan kerajaan mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang mendorong kepada kenaikan hampir ke semua perkara disamping menaikkan harga petrol dan sebagainya.
Kerajaan yang ada pada hari ini telah terbukti tidak mampu memperjuangkan nasib rakyat serta menstabilkan ekonomi negara. Ini kerana pemimpin termasuklah perdana menteri hanya 'bekerja keras' untuk memastikan mereka terus mencengkam pentadbiran negara.
Kami menegaskan, permasalahan negara dan rakyat hanya mampu diselesaikan dengan pembentukan satu kerajaan baharu kerana BN sudah lagi tidak relevan untuk memimpin negara.
Oleh yang demikian, Pemuda Harapan Baru Negeri Perak mendesak Najib untuk membubarkan parlimen secepat yang mungkin bagi menghadap rakyat dalam pertarungan pilihan raya. Rakyat sudah tidak sabar untuk menghukum BN dalam pilihan raya umum ke-14.
MOHD FAKHRULRAZI MOHD MOKHTAR ketua pemuda Gerakan Harapan Baru negeri Perak.
Peguam Negara jawab ‘Draf pendakwaan terhadap Najib’
Mustahil kertas tuduhan disiapkan lebih awal kerana siasatan Pasukan Petugas Khas belum selesai.
PETALING JAYA: Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menafikan deraf pendakwaan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak yang disiarkan Sarawak Report dikeluarkan oleh Pejabat Peguam Negara.
Katanya, format deraf pendakwaan itu adalah salah dan tidak ditulis oleh peguam Pejabat Peguam Negara.
“Siasatan Pasukan Petugas Khas masih belum selesai sepenuhnya. Adalah mustahil kertas pertuduhan itu disiapkan lebih awal,” katanya dalam kenyataan media.
Apandi berkata, perbuatan itu merupakan konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri dengan mengaitkan beliau dengan jenayah dengan mereka-reka kemudian membocorkannya.
Katanya, perbuatan itu mengancam demokrasi di negara ini dan beliau akan mengarahkan siasatan dijalankan.
“Tiada sesiapapun akan terkecuali daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah,” katanya.
Zeti tak disiasat isu 1MDB - KPN
ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan Gabenor Bank Negara
disiasat polis berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
"Tidak dipihak kami," kata Khalid kepada wartawan apabila ditanya sama
ada Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz disiasat pihak polis berhubung perkara
itu.
Khalid berkata demikian pada sidang media di Maktab Polis Diraja Malaysia pada Khamis.
Terdahulu, Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan khabar angin yang tersebar mengenai peletakan jawatan Zeti.
Ketika dihubungi The Star, jurucakap BNM menyangkal dakwaan Zeti, 67 diserang sakit jantung.
Selain itu, kepada Reuters pula, pihak BNM menafikan Zeti meletak jawatan.
Kabinet baru seimbang dan mantap, kata Wan Junaidi
BERNAMA
Wan Junaidi tidak
bersetuju bahawa rombakan kabinet kali ini sebagai persediaan untuk
menghadapi pilihan raya umum yang lebih awal.
KUCHING, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang baharu Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini menyifatkan barisan anggota kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Selasa lepas sebagai yang seimbang dan mantap.
“Saya percaya Perdana Menteri dalam
rombakan kabinetnya mahu memberi fokus untuk mempunyai menteri-menteri
yang sehaluan dengan pemikiran beliau yang satu suara dalam banyak isu,”
katanya kepada pemberita pada sidang media di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini, petang ini.
Ini sebenarnya sangat penting untuk
Perdana Menteri dan untuk negara kerana prinsip kebertanggungjawaban
bersama sangat penting untuk pentadbiran mana-mana negara, khususnya
untuk negara-negara dalam Komanwel,” tambahnya.
Beliau berkata anggota kabinet tidak
boleh berbeza pendapat dan jika ada pun perbezaan pendapat mengenai
dasar-dasar yang telah diluluskan oleh kerajaan ia seharusnya dibincang
secara tertutup bukannya di khalayak ramai.
“Jadi inilah kumpulan yang dicari oleh
Perdana Menteri (Najib) dan kedua saya melihat campuran antara anggota
kabinet yang lama dan yang baharu amat seimbang sekali dan saya cukup
yakin setiap individu dalam kabinet boleh menyumbang kepada usaha secara
kolektif yang direncana oleh pihak kabinet,” kata Wan Junaidi.
Beliau berkata sudah menjadi hak mutlak
Perdana Menteri untuk melakukan rombakan kabinetnya dan melantik anggota
kabinetnya tanpa boleh dicabar atau diganggu-gugat.
Kepada soalan lain, Wan Junaidi tidak
bersetuju bahawa rombakan kabinet kali ini sebagai persediaan untuk
menghadapi pilihan raya umum yang lebih awal.
“Setiap kabinet yang dibentuk oleh
mana-mana Perdana Menteri pasti dia mahu ia berfungsi dan melaksanakan
apa sahaja keputusan mengenai dasar-dasar kerajaan dengan teratur dan
sebaik mungkin untuk mencapai matlamat yang disasarkan,” katanya.
Katanya lagi, setiap ahli kabinet boleh bercakap dalam satu suara, khususnya dalam keadaan kurang menentu sekarang ini.
“Saya percaya pembentukan kabinet yang baru ini bukan merancang pilihan raya dalam masa terdekat,” kata beliau.
Sementara itu, Wan Junaidi berkata kementerian yang diterajui beliau merupakan sebuah kementerian yang tidak kurang pentingnya.
Katanya, sebelum ini kementerian
berkenaan diterajui oleh menteri-menteri yang kanan termasuk ketua
menteri Sarawak sekarang Tan Sri Adenan Satem, Datuk Douglas Uggah Embas
dan bekas Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel.
Sebaliknya, menurut beliau ia adalah
sebuah kementerian yang sangat penting dan mempunyai agenda yang sangat
penting dalam soal mentadbir urus sumber alam dan alam sekitar negara.
Menurut Wan Junadi, cabaran utama
kementerian beliau ialah bagaimana untuk menangani masalah banjir dan
mentadbir urus flora dan fauna negara.
Sebelum itu Wan Junaidi diberi sambutan
oleh penyokong-penyokongnya setiba beliau dan isteri di LTAK kira-kira
pukul 5.30 petang.
KPN ulas laporan terbaru Sarawak Report, minta polis henti sebar khabar angin
THE RAKYAT POST
Khalid meminta pihak polis untuk menghentikan penyebaran khabar angin yang tidak diketahui asal-usulnya.
KUALA LUMPUR, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta pihak polis menghentikan penyebaran khabar angin yang disiarkan laman web Sarawak Report hari ini.
Beliau dalam Tweet terbarunya mengulas mengenai penyebaran satu kertas pertuduhan oleh laman web Sarawak Report yang didakwa dibuat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Laporan-laporan sebegini yang tidak sah
asal usulnya akan mengelirukan orang ramai. @PDRMsia minta hentikan
khabar angin ini,” katanya dalam Tweet terbaru hari ini merujuk kepada
artikel yang disiarkan laman web itu bertajuk, ‘Arrest warrant for the Prime Minister – The real reason the Attorney General was fire – exclusive‘.
Turut dilampirkan bersama artikel berkenaan adalah kertas pertuduhan terbabit.
Laman web berkenaan turut mendakwa Peguam
Negara, Tan Sri Gani Patail sedang dalam proses merangka kertas
pertuduhan terbabit yang menyebut ‘Pendakwa Raya lawan Dato’ Seri Mohd
Najib bin Tun Abdul Razak, Dato’ Shamsul Anuar bin Sulaiman’.
Laman web terbabit (Sarawak Report) turut mendakwa dokumen itu dihantar kepada mereka berikutan pengguguran Abdul Gani sebagai Peguam Negara minggu ini.
Sementara itu, Abdul Gani ketika dihubungi The Rakyat Post bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkara itu.
“Saya tidak akan mengulas, sila hormati kehendak saya,” katanya.
Pendidikan jadi mangsa rombakan Kabinet
Wartawan Sinar Harian
SHAH ALAM - Rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin didakwa memberi impak paling teruk kepada sektor pendidikan negara kembali menempatkan dua menteri berbeza seperti sistem lama.
Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi
Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, keputusan itu diambil atas
perkiraan politik semata-mata bukannya mengambil kira kepentingan awam.
“Rombakan Kabinet baru-baru ini oleh Perdana Menteri telah mengundang
kritikan pelbagai pihak. Ini terutamanya kerana langkah itu dibuat atas
perkiraan politik semata-mata dan bukan mengambil kira kepentingan awam.
Salah satu sektor yang akan menerima akibat paling teruk di dalam hal
ini adalah di dalam bidang pendidikan.
“Rombakan itu telah memperlihatkan kerajaan berbalik semula kepada
sistem sebelum ini dengan meletakkan dua menteri berlainan bagi
Pendidikan dan Pendidikan Tinggi.
"Pelantikan Datuk Seri Mahadzir Khalid sebagai Menteri Pendidikan, menggantikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memberi isyarat yang salah kepada rakyat yang kini begitu mengharapkan reformasi sebenar di dalam sektor pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sejak beberapa tahun ini, pendidikan menjadi perdebatan hangat susulan
kegagalan sistem baharu yang diaplikasi sehingga mengganggu prestasi
pelajar.
Menurutnya, penstrukturan semula kementerian pendidikan akan
membantutkan sebarang usaha pemulihan sistem susulan pertukaran menteri
akan turut melibatkan perbezaan agenda setiap menteri itu.
“Seperti yang sedia maklum, setiap menteri yang mengambil alih portfolio pendidikan akan mengetengahkan agenda sendiri dan ketidakselarasan itulah antara sebab mengapa masalah di dalam sektor pendidikan ini berlaku. Oleh itu, setiap usaha yang telah dijalankan baru-baru ini untuk memulihkan sektor pendidikan mungkin sia-sia.
“Penstrukturan semula Kementerian Pendidikan akan mengakibatkan
kekeliruan dan membantutkan sebarang usaha pemulihan, terutamanya kerana
sistem yang dahulu baru sahaja ditetapkan berikutan pelantikan Kabinet
tahun 2013.
“Rasanya semua sudah tahu bahawa sektor pendidikan negara ini sedang
mengalami penyusutan, dan rombakan ini langsung tidak membantu dalam
meningkatkan prestasinya,” katanya.
Restoran Kapal Terbang disita pihak majlis
ADNAN MOHAMAD
Restoran Kapal Terbang di
Jalan Dato' Undang, Kota Bharu yang terletak terlalu hampir dengan
jalan utama dibimbangi boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan
raya. - Foto TRP/Adnan Mohamad
KOTA BHARU, Biarpun kelihatan ‘gah’ dengan sebiji
kapal terbang diletakkan di ketinggian lebih lima meter di hadapan
premis namun Restoran Kapal Terbang dekat Lundang, di sini,sebenarnya
masih beroperasi tanpa kelulusan.
Difahamkan, sudah 29 kompaun di bawah
Undang-Undang Iklan1990 dan 3 dibawah Undang-Undang Kecil Pengawalan dan
Penyeliaan Establishment Makanan MPKB 1987 sudah dikeluarkan,
pemiliknya masih berdegil dan tetap menjalankan perniagaan.
Ekoran itu, Majlis Perbandaran Kota Bharu
(MPKB) terpaksa berkeras dengan menyita restoran terbabit mengikut
Undang-Undang Kecil Tred Perniagaan kerana menjalankan perniagaan tanpa
lesen.
Setiausaha MPKB, Rosnazli Amin berkata
peniaga terbabit beberapa kali ingkar notis yang dikeluarkan supaya
memberhentikan perniagaan, malahan masih meneruskan operasi di samping
memasang iklan-iklan di lokasi tertentu di sekitar bandar.
“Sudah banyak kompaun yang dikeluarkan
kepada pengendali restoran berkenaan kerana tetap menjalankan perniagaan
walaupun tanpa lesen.
“Bangunan premis perniagaan yang
dijalankan juga merupakan bangunan yang tidak mendapat kelulusan
pembinaan, kerana dibina terlalu rapat dengan jalan serta tiada anjakan
daripada sempadan sebagaimana yang sepatutnya.
“Di samping itu juga kapal terbang yang
diletakkan di bangunan berkenaan berada terlalu hampir dengan jalan dan
boleh menimbulkan pelbagai implikasi kejadian yang tidak diingini,”
katanya dalam kenyataan.
Rosnazli berkata ekoran sikap keras
kepala pemilik restoran terbabit, MPKB terpaksa menyita tiga buah meja
makan besar dan 15 biji kerusi restoran berkenaan tengahari tadi dengan
kekuatan 25 anggota penguatkuasa serta dua orang polis.
Bagaimanapun, katanya sikap pemiliknya
yang masih menjalankan perniagaan menyebabkan MPKB bersama penguatkuasa
dan polis sekali lagi datang menyita terus restoran berkenaan kira-kira
jam 10.30 malam tadi.
Beliau menegaskan pemilik restoran hanya
boleh menjalankan perniagaan setelah kelulusan pembinaan bangunan dan
peletakan kapal terbang di atas premis bangunan berkenaan dibuat
sebagaimana peraturan anjakan daripada jalan raya atau dengan kata lain
diluluskan.
Baru saja Dr Aziz Bari masuk DAP, terus dipanggil polis
Roketkini.com
KUALA LUMPUR: Hanya selepas beberapa jam menyertai DAP semalam, pakar undang-undang, Dr Abdul Aziz Bari, telah dipanggil oleh polis ke Bukit Aman untuk disoal siasat hari ini berhubung isu titah Sultan Selangor tahun lalu.
Beliau akan ke Bukit Aman di sini pada jam 3 petang ini.
Menurut pembantu peribadinya, Andy Lim, polis menyiasat kes tersebut di bawah Akta Hasutan yang melibatkan tulisan Dr Abdul Aziz tentang isu air di Selangor.
“Kami mendapat tahu tentang hal ini selepas sidang akhbar diadakan untuk mengumumkan penyertaan Dr Abdul Aziz ke dalam DAP,” katanya.
Pakar Perlembagaan Persekutuan itu memilih untuk menyertai DAP kerana ia menawarkan ruang yang lebih luas untuk beliau menyumbang kepakarannya kepada parti, rakyat dan negara.
Sebelum itu, Dr Abdul Aziz merupakan Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) sejak 1989 sehinggalah beliau digantung tugasnya pada Oktober 2011, juga melibatkan pandangan perundangan beliau terhadap titah Sultan Selangor.
Walaupun penggantungan tugas itu ditarik balik berikutan bantahan daripada pelajar dan kakitangan akademik, beliau memilih untuk bersara dari UIA. Pada Januari 2012, UIA mengumumkan penarikan balik gelaran profesor yang diberikan kepadanya pada 2002.
Dalam pilihanraya umum ke-13, beliau bertanding atas tiket PKR di merebut kerusi Parlimen Sabak Bernam, Selangor tetapi tewas dalam percubaan pertama itu. – Roketkini.com
SPRM beri jaminan akan lengkapkan siasatan
MALAYSIAKINI
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan akan melengkapkan siasatannya walaupun dengan ketiadaan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara.
Dalam kes SRC International Sdn Bhd, kata SPRM, sama ada dengan atau tanpa pasukan petugas khas, setelah ketiadaan Gani, siasatan ke atas syarikat itu akan diteruskan sehingga lengkap sepenuhnya.
Apabila selesai siasatan, kata SPRM, ia akan mengemukakannya kepada timbalan pendakwa raya untuk penelitian dan tindakan lanjut.
Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM mengulangi ia hanya menyiasat SRC International dan bukan 1MDB.
"Ini adalah keputusan yang telah dicapai oleh pasukan petugas khas, yang dianggotai oleh ketua Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan SPRM, yang menerima panduan dan nasihat perundangan daripada Tan Sri Abdul Gani Patail yang ketika itu peguam negara," kata suruhanjaya itu lagi.
Bagi melengkapkan siasatan SRC International Sdn Bhd, katanya, SPRM masih lagi mengesan beberapa saksi penting.
"SPRM memohon kepada orang ramai agar memberi ruang kepada SPRM untuk melengkapkan siasatan," tambahnya.

Bayi setahun maut dilanggar kereta bapa
MALAYSIAKINI
Seorang bayi lelaki berusia setahun maut setelah secara tidak sengaja dilanggar kereta yang sedang diundurkan bapanya di Kompleks Perumahan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kuantan pagi semalam.
Menurut Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, ASP Zainalabidin Othman, mangsa Azeem Iskandar Ridzdwan maut semasa dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini.
Katanya kejadian berlaku pada pukul 8 pagi ketika bapa mangsa yang berumur 43 tahun yang juga anggota TLDM sedang mengundurkan kenderaan MPV untuk ke tempat kerja. - Bernama

'Mesyuarat PAC ditangguh hingga pengerusi baru dilantik'
MALAYSIAKINI
Mesyuarat yang melibatkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ditangguhkan dan hanya akan diadakan semula selepas pelantikan pengerusinya yang baharu, kata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Beliau berkata ia adalah selaras dengan kehendak Peraturan Mesyuarat 77 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Saya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat mengambil maklum mengenai pelantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dan tiga lagi Ahli Dewan Rakyat iaitu Datuk Wilfred Madius Tangau, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, masing-masing sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dalam senarai Kabinet Persekutuan yang baru," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Pandikar berkata pelantikan itu menyebabkan jawatan pengerusi dan ahli Jawatankuasa di dalam PAC menjadi kosong selaras dengan Peraturan Mesyuarat 77 (4) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.
"Bagi mempengerusikan mana-mana mesyuarat PAC, seorang pengerusi hendaklah dilantik oleh majlis terlebih dahulu dan ia hendaklah dibuat melalui satu usul yang dikemukakan oleh seorang menteri di dalam majlis mesyuarat untuk diputuskan," katanya. - Bernama

Zahid beri jaminan Muhyiddin tak akan ditangkap
MALAYSIAKINI
Timbalan Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan ditangkap.
Zahid, yang juga menteri dalam negeri berkata demikian sebagai mengulas khabar angin bahawa Muhyiddin akan ditahan selepas video yang bocor menunjukkan beliau mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan dakwaan menerima RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadinya.
Zahid berkata, beliau menerima banyak panggilan bertanyakan sama ada benar bahawa bekas timbalan perdana menteri itu akan ditahan.
Menurut Zahid, beliau memberi jaminan kepada mereka bahawa ia tidak benar.
"Khabar angin ini benar-benar tidak masuk akal," katanya sambil menambah bahawa beliau menghubungi peguam negara dan ketua polis negara untuk mengesahkan dakwaan itu, dan mereka menyangkalnya.
"Saya kemudian menghubungi (Muhyiddin) pada pukul 2 pagi (semalam) untuk memberi jaminan kepada beliau dan isterinya bahawa polis tidak mencari mereka," kata Zahid dalam temu bual dengan The Star yang disiarkan hari ini.
Zahid berkata tidak ada sebab untuk Muhyiddin ditangkap dan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan khabar angin tersebut.
"Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penyebar angin khabar ini. Khabar angin ini berniat jahat," Zahid dipetik sebagai berkata.
Muhyiddin telah digugurkan Selasa lalu dari jawatan timbalan perdana menteri kerana mengkritik pengendalian 1MDB oleh Najib.
Pada malam yang sama, beberapa rakan-rakan rapat mengunjungi kediaman Muhyiddin di Kuala Lumpur, di mana beliau menceritakan kepada mereka bahawa beliau telah bersemuka dengan Najib mengenai dakwaan Wall Street Journal yang RM2.6 bilion telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri.
Dalam video itu, Muhyiddin mendakwa bahawa Najib telah mengaku dan berkata wang itu datang dari Timur Tengah.
Timbalan Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan ditangkap.
Zahid, yang juga menteri dalam negeri berkata demikian sebagai mengulas khabar angin bahawa Muhyiddin akan ditahan selepas video yang bocor menunjukkan beliau mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan dakwaan menerima RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadinya.
Zahid berkata, beliau menerima banyak panggilan bertanyakan sama ada benar bahawa bekas timbalan perdana menteri itu akan ditahan.
Menurut Zahid, beliau memberi jaminan kepada mereka bahawa ia tidak benar.
"Khabar angin ini benar-benar tidak masuk akal," katanya sambil menambah bahawa beliau menghubungi peguam negara dan ketua polis negara untuk mengesahkan dakwaan itu, dan mereka menyangkalnya.
"Saya kemudian menghubungi (Muhyiddin) pada pukul 2 pagi (semalam) untuk memberi jaminan kepada beliau dan isterinya bahawa polis tidak mencari mereka," kata Zahid dalam temu bual dengan The Star yang disiarkan hari ini.
Zahid berkata tidak ada sebab untuk Muhyiddin ditangkap dan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyebarkan khabar angin tersebut.
"Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penyebar angin khabar ini. Khabar angin ini berniat jahat," Zahid dipetik sebagai berkata.
Muhyiddin telah digugurkan Selasa lalu dari jawatan timbalan perdana menteri kerana mengkritik pengendalian 1MDB oleh Najib.
Pada malam yang sama, beberapa rakan-rakan rapat mengunjungi kediaman Muhyiddin di Kuala Lumpur, di mana beliau menceritakan kepada mereka bahawa beliau telah bersemuka dengan Najib mengenai dakwaan Wall Street Journal yang RM2.6 bilion telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri.
Dalam video itu, Muhyiddin mendakwa bahawa Najib telah mengaku dan berkata wang itu datang dari Timur Tengah.
AG: Kertas pertuduhan palsu menunjukkan konspirasi untuk jatuhkan PM
MALAYSIAKINI
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata apa yang didakwa draf kertas pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Abdul Razak yang disiarkan di laman web pemberi maklumat Sarawak Report adalah palsu.
Beliau juga berkata, kertas pertuduhan itu menunjuk ke arah satu konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri dan memberi amaran tindakan tegas terhadap pelakunya.
Ia, katanya, menunjukkan satu ancaman terhadap demokrasi Malaysia dan beliau akan arahkan semua tindakan diambil untuk menyiasatnya.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas tengah malam tadi, beliau berkata, undang-undang akan digunakan sepenuhnya tanpa pengecualian terhadap sesiapa yang didapati bersalah.
Semalam, Malaysiakini melaporkan kertas pertuduhan itu telah disebarkan di media sosial berserta dakwaan yang ia ada kaitan dengan penamatan secara tiba-tiba perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara pada hari Isnin.
Walaupun sebab rasmi yang diberikan ialah masalah kesihatan, tetapi Abdul Gani sendiri nampaknya tidak tahu menahu mengenainya dan enggan mengulas sama ada ia ada kakitan dengan siasatan pasukan petugas khas terhadap 1MDB.
Lewat malam tadi, ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah, melalui twitter, menafikan berhubung kertas pertuduhan itu.
Sementara itu, Mohamad Apandi berkata kertas pertuduhan yang didakwa itu, "tidak di dalam dan tidak pernah sampai" kepada jabatan tersebut.
Tambahan pula, katanya, format kertas tuduhan itu adalah tidak betul atau ditulis oleh jabatannya.
Peguam negara yang baru dilantik itu juga menegaskan bahawa memandangkan pasukan petugas khas itu belum menyelesaikan siasatan, maka tidak mungkin di segi perundangan, bagi kertas pertuduhan dirangka lebih awal.
Menurut kertas pertuduhan yang dikatakan itu, yang didakwa didraf oleh Abdul Gani, perdana menteri akan didakwa atas tuduhan rasuah, dengan tuduhan alternatif melakukan pecah amanah.
Ini dikatakan berkaitan dengan pemindahan RM27 juta oleh SRC International, yang ketika itu anak syarikat 1MDB, ke dalam akaun bank Najib.
Selain Abdul Gani yang ditamatkan perkhidmatannya sebagai AG, perkembangan pada minggu ini juga menyaksikan Najib menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada kabinet.
Turut digugurkan ialah Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal, yang merupakan bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah.
Kedua-dua Muhyiddin dan Shafie kritikal terhadap 1MDB.
Najib juga melantik empat daripada lapan ahli Parlimen BN yang menganggotai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), termasuk bekas pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed, sebagai menteri dan timbalan menteri.
Ini mencetuskan spekulasi bahawa ia adalah satu percubaan untuk menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan oleh PAC terhadap dalam 1MDB.
Saga 1MDB memuncak awal bulan ini selepas Sarawak Report dan Wall Street Journal, yang memetik maklumat yang diperolehi daripada sumber-sumber Malaysia, mendakwa bahawa RM2.6 bilion dana berkaitan 1MDB telah didepositkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
Berikutan itu, Najib menafikan menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan menuduh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di belakang usaha untuk menyingkirkannya dengan bekerjasama dengan pihak seperti Sarawak Report.
Pada hari Rabu, satu video muncul yang menunjukkan Muhyiddin memberitahu beberapa tetamu di rumahnya, termasuk anak Mahathir yang juga menteri besar Kedah, Datuk Mukhriz, mendakwa Najib mengaku wang itu dipindahkan ke dalam akaunnya.
Perdana menteri belum lagi mengulas mengenai video tersebut. yang telah tersebar luas.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata apa yang didakwa draf kertas pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Abdul Razak yang disiarkan di laman web pemberi maklumat Sarawak Report adalah palsu.
Beliau juga berkata, kertas pertuduhan itu menunjuk ke arah satu konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri dan memberi amaran tindakan tegas terhadap pelakunya.
Ia, katanya, menunjukkan satu ancaman terhadap demokrasi Malaysia dan beliau akan arahkan semua tindakan diambil untuk menyiasatnya.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas tengah malam tadi, beliau berkata, undang-undang akan digunakan sepenuhnya tanpa pengecualian terhadap sesiapa yang didapati bersalah.
Semalam, Malaysiakini melaporkan kertas pertuduhan itu telah disebarkan di media sosial berserta dakwaan yang ia ada kaitan dengan penamatan secara tiba-tiba perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara pada hari Isnin.
Walaupun sebab rasmi yang diberikan ialah masalah kesihatan, tetapi Abdul Gani sendiri nampaknya tidak tahu menahu mengenainya dan enggan mengulas sama ada ia ada kakitan dengan siasatan pasukan petugas khas terhadap 1MDB.
Lewat malam tadi, ketua bahagian pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah, melalui twitter, menafikan berhubung kertas pertuduhan itu.
Sementara itu, Mohamad Apandi berkata kertas pertuduhan yang didakwa itu, "tidak di dalam dan tidak pernah sampai" kepada jabatan tersebut.
Tambahan pula, katanya, format kertas tuduhan itu adalah tidak betul atau ditulis oleh jabatannya.
Peguam negara yang baru dilantik itu juga menegaskan bahawa memandangkan pasukan petugas khas itu belum menyelesaikan siasatan, maka tidak mungkin di segi perundangan, bagi kertas pertuduhan dirangka lebih awal.
Menurut kertas pertuduhan yang dikatakan itu, yang didakwa didraf oleh Abdul Gani, perdana menteri akan didakwa atas tuduhan rasuah, dengan tuduhan alternatif melakukan pecah amanah.
Ini dikatakan berkaitan dengan pemindahan RM27 juta oleh SRC International, yang ketika itu anak syarikat 1MDB, ke dalam akaun bank Najib.
Selain Abdul Gani yang ditamatkan perkhidmatannya sebagai AG, perkembangan pada minggu ini juga menyaksikan Najib menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada kabinet.
Turut digugurkan ialah Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal, yang merupakan bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah.
Kedua-dua Muhyiddin dan Shafie kritikal terhadap 1MDB.
Najib juga melantik empat daripada lapan ahli Parlimen BN yang menganggotai Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), termasuk bekas pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed, sebagai menteri dan timbalan menteri.
Ini mencetuskan spekulasi bahawa ia adalah satu percubaan untuk menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan oleh PAC terhadap dalam 1MDB.
Saga 1MDB memuncak awal bulan ini selepas Sarawak Report dan Wall Street Journal, yang memetik maklumat yang diperolehi daripada sumber-sumber Malaysia, mendakwa bahawa RM2.6 bilion dana berkaitan 1MDB telah didepositkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
Berikutan itu, Najib menafikan menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan menuduh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di belakang usaha untuk menyingkirkannya dengan bekerjasama dengan pihak seperti Sarawak Report.
Pada hari Rabu, satu video muncul yang menunjukkan Muhyiddin memberitahu beberapa tetamu di rumahnya, termasuk anak Mahathir yang juga menteri besar Kedah, Datuk Mukhriz, mendakwa Najib mengaku wang itu dipindahkan ke dalam akaunnya.
Perdana menteri belum lagi mengulas mengenai video tersebut. yang telah tersebar luas.
Ucapan tahniah kurang tepat untuk pemimpin baharu
SINAR HARIAN
SHAH ALAM – Pengerusi Sukarelawan Peguam (Sukaguam), Datuk Khairul
Anwar Rahmat yang juga merupakan bekas Naib Ketua Pemuda Umno Johor hari
ini mengingatkan barisan pemimpin dalam Kabinet yang baharu bahawa
jawatan yang diperoleh itu satu amanah bukan hadiah.
Menurutnya, ucapan tahniah kurang sesuai diucapkan kepada pemimpin-pemimpin tersebut kerana jawatan itu satu amanah dan beban.
“Jawatan ialah tanggungjawab, amanah dan beban. Ia bukan hadiah, kemuliaan atau pun kemegahan.
“Justeru, kurang tepat mengucapkan tahniah kepada pemegang jawatan seolah-olah berjaya mencapai sesuatu kemenangan,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, hari ini.
Jelasnya, ucapan yang baik untuk pemimpin yang dipilih adalah selamat bertugas atau selamat berkhidmat.
Haruslah kita selalu ingat-mengingati bahawa, setiap pelantikan jawatan pemimpin mestilah diinsafi sebagai 'taklif' (tanggungjawab amanah) bukannya tasyrif (hadiah kemasyhuran).
“Ucapan yang paling baik sudah tentulah selamat bertugas atau selamat berkhidmat. Dari rakyat, untuk rakyat dan demi rakyat,” katanya.
Sementara pemimpin-pemimpin itu pula boleh memohon didoakan dapat melaksanakan tugasnya pada landasan yang benar.
“Manakala yang menerima amanah pula menjawab dengan memohon semua pihak mendoakannya melaksanakan tanggungjawab di atas landasan yang benar.
“Itulah teladan yang dicontohkan semua Khulafa' Ar Rasyidin bermula dari Khalifah Abu Bakar As Siddiq.Itulah ketinggian nilai integriti yang kita harapkan dari setiap peringkat kepemimpinan.
Semoga integriti menjadi pakaian utama setiap pemimpin,” katanya.

Khamis, 30 Julai 2015
Skandal 1MDB: Najib Perlu Rehat Atau Hadapi Kemungkinan Ditangkap...
KELAB GGREENBOC
Pemuda Umno Labis minta Najib rehat
LABIS - Pemuda Umno Bahagian Labis bersependapat bahawa adalah tidak wajar empat ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dibawa masuk ke dalam barisan Kabinet yang baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketuanya, Mohd Shahir Ali Huddin berkata, ini kerana mereka sedang terlibat di dalam penyiasatan satu kes besar di peringkat nasional dan pengguguran Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail juga adalah suatu yang mengejutkan.
“Bagi kami tidak wajar beberapa ahli PAC dibawa masuk ke dalam barisan kabinet dan situasi ini mewujudkan satu lagi persepsi buruk rakyat terhadap kredibiliti siasatan yang sedang dijalankan dan kami meminta Datuk Seri Najib berehat bagi melicinkan proses siasatan.
“Pada pandangan kami, Datuk Seri Najib pasti mengetahui bahawa rakyat tidak akan mempercayai apa juga keputusan siasatan yang dijalankan kerana apa sahaja jawatankuasa atau ‘task force’ yang diwujudkan masih tertakluk kepadanya sebagai Ketua Eksekutif Negara,” katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Pemuda Umno Bahagian Labis di Bilik Mesyuarat Pemuda Umno Bahagian Labis, di sini, malam semalam.
Menurutnya, mereka juga menerima serta menghormati keputusan yang dibuat Najib yang menggugurkan bekas timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin kerana beliau sebagai Ketua Eksekutif Negara berhak untuk menamakan atau menggugurkan mana-mana ahli Kabinet.
Katanya, hasil dari mesyuarat khas seluruh kepimpinan di peringkat cawangan Labis juga sependapat bahawa apa yang dinyatakan Muhyiddin hanyalah meminta penjelasan tentang isu-isu semasa yang berlegar di kalangan rakyat dan ahli Umno khususnya.
“Maka, boleh disimpulkan bahawa kenyataan tersebut adalah bersifat untuk memperkukuhkan parti di dalam menghadapi PRU14 yang akan datang. Serangan demi serangan jelas dilihat tidak ditujukan kepada parti, tetapi kepada individu.
“Kami di peringkat akar umbi juga akan terus bekerja keras untuk memastikan BN terus berkuasa dan memerintah negara walaupun pelbagai isu nasional yang begitu lambat ditangani semakin menghakis kepercayaan golongan muda terhadap kerajaan pada hari ini,” katanya.
Menurutnya, mereka juga berharap agar siasatan terhadap segala tohmahan dan serangan kepada pucuk pimpinan negara akan dapat diselesaikan dengan segara agar rakyat mendapat penjelasan yang tepat.
Pada masa sama, Najib juga perlu memikirkan cara yang terbaik untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap persepsi buruk yang terpalit kepada dirinya agar dapat mengembalikan semula keyakinan rakyat dan juga pengundi.
“Kami berharap agar segala tindakan dan keputusan yang telah dan akan dilakukan oleh Datuk Seri Najib akan merungkai segala kecelaruan dan kebencian rakyat terhadap BN di kala kita berada di dalam situasi yang amat meruncing,” katanya. -SH

Najib hadapi gelombang rakyat – Mohd Fitri
1. Pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Syafie Apdal adalah untuk menutup mulut mereka dari mengkritik Datuk Seri Najib Razak secara terbuka terhadap skandal 1MDB;
2. Penamatan perkhidmatan Tan Sri Ghani Patail sebagai AG secara tergesa-gesa adalah cubaan untuk menghalang Najib daripada didakwa kerana 1MDB;
3. Perlantikan Dato' Seri Mahadir Khalid dan Dato' Wira Mohd Johari Baharum ke dalam Kabinet adalah untuk mengimbangi pengaruh Dato' Seri Mukhriz Mahathir di Kedah yang berdiri di belakang Tun Mahathir menentang skandal 1MDB;
4. Perlantikan Dato' Seri Azalina Othman ke dalam Kabinet adalah untuk mengimbangi sokongan Umno Johor kepada Najib yang goyang kerana skandal 1MDB;
5. Perlantikan Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam Kabinet adalah untuk memperkukuhkan sokongan puteri Umno kepada Najib daripada skandal 1MDB;
6. Perlantikan Nur Jazlan, Reezal Merican Naina Merican, Mas Ermieyati Samsudin dan Wilfred Madius Tangau yang merupakan ahli PAC ke dalam Kabinet adalah cubaan untuk melengah-lengahkan inkuiri terhadap 1MDB.
Kesimpulan:
Rombakan Kabinet Najib bukanlah untuk memulihkan kepercayaan rakyat terhadap Kabinet dan pentadbiran Najib, sebaliknya untuk mengukuhkan sokongan terhadap Najib sendiri serta sebagai langkah untuk memadamkan skandal 1MDB daripada dipersoalkan.
Persoalannya, adakah dengan rombakan Kabinet dan penamatan perkhidmatan AG tersebut, kedudukan Najib akan bertambah kuat dan skandal 1MDB akan senyap begitu saja?
Jawapannya tidak, bahkan rakyat akan lebih bersatu untuk terus mendesak agar Najib meletakkan jawatan atau satu gelombang rakyat akan berlaku tidak lama lagi.
Kalau sebelum ini kita ada PKR, DAP, PAS dan BERSIH tetapi sekarang kita ada GHB, PKR, DAP, Ikatan, (insyallah PAS), BERSIH, Negaraku, NGOs, Tun Mahathir, Muhyiddin Yassin, Tun Musa Hitam, Ghani Patail, Syafie Apdal dan seluruh rakyat tidak mengira kaum, bangsa dan politik akan bersama-sama di gelombang menentang kezaliman toghut Najib dan sekutu-sekutunya.
#HarapanBaru –
Malaysia selamat jika Najib ditangkap, kata #KitaLawan
Penangkapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menghadapkan beliau ke mahkamah adalah hanya cara yang mampu menyelamatkan negara ini, kata sekretariat #KitaLawan.
Anggota #KitaLawan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13, Fariz Musa berkata, integriti dan kredibiliti Najib kini memberi kesan kepada rakyat.
"Untuk selamatkan negara ini, tiada cara lain, Najib harus ditangkap dan diserahkan kepada undang-undang," kata koordinator Jingga 13 itu pada sidang media Sekretariat #Kita Lawan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) di Kuala Lumpur, hari ini.
Sehubungan itu, #KitaLawan turut menggerakkan kempen "Kita Lawan Najib" ke seluruh negara bermula 2 Ogos depan, bagi mengumpulkan sokongan menjelang Himpunan Bersih 4.0 yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada 29 Ogos.
Pada sidang media itu, #KitaLawan turut memberikan komitmen untuk bersama-sama Bersih dalam penganjuran demonstrasi tersebut.
"Kini semangat Kita Lawan kembali dihidupkan, satu-satunya ruang demokrasi yang tinggal perlu dipertahankan iaitu hak berhimpun secara aman demi menyatakan suara keramat suara rakyat," kata Pengarah Strategi Pemuda PKR Akmal Nasir.
Beliau berkata, kempen "Kita Lawan Najib" itu juga akan digerakkan ke seluruh negara bermula di Sabah diikuti Terengganu pada 7 Ogos, Kelantan dan Sarawak pada 8 Ogos, Perak, Melaka, dan Negeri Sembilan, masing-masing pada 14 Ogos, dan 16 Ogos, manakala 22 Ogos di Johor Baru.
"Tuntutan yang dikemukakan Bersih adalah jalan terbaik untuk keluar daripada kemelut politik perasuah-perasuah ini," katanya.
"Selagi ada ruang bersuara, kita perlu gunakan sebaik-baiknya untuk lawan rasuah, lawan kezaliman."
Setiausaha Pemuda PKR, Chang Lih Kang berkata, Najib sudah diberikan banyak peluang namun masih lagi enggan meletak jawatan sebaliknya mengambil tindakan terhadap mereka yang kritikal terhadapnya.
"Kali ini kami akan berikan sokongan padu sebab kita tiada pilihan, selain ke jalan raya, sebab Najib sudah diberikan banyak peluang.
"Tapi beliau bukan sahaja tidak letak jawatan tapi pecat mereka yang kritikal terhadap 1MDB," katanya, merujuk kepada syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan yang kini dibebani hutang, 1Malaysia Development Berhad.
"Tiada pilihan lain, selain jalan raya untuk kita jatuhkan Najib, kita akan kerahkan ramai orang untuk Bersih 4.0," katanya. -TMI
Langgan:
Catatan (Atom)