GEMAS – Meskipun kehidupan tidak mewah, namun situasi itu tidak pernah
menghalang seorang wanita memelihara semua kucing jalanan yang
dikutipnya di sekitar Gemas dan Segamat.
Malah Pengurus Mini Pusat Transfomasi Luar Bandar (RTC) Seri Gemas, Nurul Hasniza Daud, 23, itu menganggap bantuan diberikan kepada semua kucing jalanan adalah seperti pintu rezeki yang melimpah ruah bukan sahaja kepada dirinya bahkan seluruh keluarga.
Hasniza atau lebih selesa dipanggil Niza berkata, selain mengutip kucing jalanan untuk dibela, dia juga pernah menyelamatkan beberapa ekor kucing yang menjadi mangsa kemalangan sehingga ada antaranya sembuh kembali.
"Kebanyakan kucing Niza kutip di tepi jalan termasuk di stesen minyak termasuklah yang mengalami masalah kesihatan dan cacat anggota seperti tempang," katanya.
Rawatan ke klinik sejauh 40 kilometer
Menurut Niza, pernah suatu hari terlihat seekor kucing menjadi mangsa kemalangan sebelum dia yang berada di Gemas ketika itu bertindak membawa kucing berkenaan ke klinik sejauh 40 kilometer yang terdapat di Segamat.
“Niza beri namanya Accident. Accident koma dua minggu dan menurut doktor, Accident buta dan lumpuh akibat kecederaan di bahagian kepala susulan kemalangan itu. Niza diberitahu ada saraf-saraf yang bermasalah dan nyawa Accident 50/50 sahaja namun selepas dua minggu akhirnya Accident sembuh.
"Ada juga kucing yang Niza pelihara hanya dapat survive seminggu sebelum akhirnya mati. Bagaimanapun, Niza rasa gembira apabila ada kucing yang sakit kemudian boleh bangun serta tidak terlantar sahaja,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Sentosa, di sini.
Niza berkata, boleh dikatakan dia kerap mengunjungi klinik veterinar di Gemas dan Segamat bagi memastikan semua kucing yang dibelanya sihat serta tidak mengidap penyakit walaupun hanya selesema.
“Biasalah bila bawa kucing ke klinik paling kurang pun mesti ada dalam tangan RM50 ke RM100. Tapi Niza tak kisah dan percaya rezeki Niza sentiasa mencukupi, malah, ibu dan adik juga sering membantu membeli makanan buat si comel Niza.
“Malah, keluarga Niza tidak pernah berkira untuk membeli makanan kucing ataupun berkongsi nasi yang digaulkan dengan ikan goreng,” katanya.
Menang hadiah utama pasar raya Niza berkata, dia percaya kecenderungannya untuk menyayangi serta menjaga kucing jalanan menjadikan rezekinya semakin melimpah-ruah sehingga pada tahun lalu dia pernah memenangi hadiah utama berupa kereta Perodua Viva yang dianjurkan sebuah pasar raya di Gemas.
“Memang rasa bersyukur sangat pada masa itu, mungkin rezeki yang Niza dapat hari ini adalah berkat menjaga puluhan ekor kucing jalanan semasa menetap di Tampin sejak dari tahun 2001 lagi," katanya.
Menurutnya, dia sekeluarga berpindah ke Gemas selepas ibunya Noraih Othman, 58, bertukar tempat kerja di Pejabat Daerah Kecik Gemas (PDGK) selain menjaga neneknya, Nah Adam, 80, dan dua ibu saudara yang sakit.
“Ketika di Tampin, kami ada tujuh ekor kucing tetapi bila berpindah ke Gemas kucing-kucing berkenaan tidak dibawa berpindah. Masa itu Niza rasa sedih sangat dan akhirnya ibu membenarkan Niza membela balik kucing jalanan.
“Kadang-kala dalam marah-marah ibu ada juga ibu bawa kucing jalanan balik ke rumah kerana kesian,” katanya yang pernah menjaga lebih 50 kucing jalanan dan kini hanya 16 ekor yang tinggal.
Jaga sensitiviti
Niza berkata, selain menjaga kucing jalanan, dia juga sekurang-kurangnya seminggu sekali akan memberi makanan kaki ayam kepada anjing terbiar di sekitar Gemas.
Malah menurutnya, dia juga bimbang masyarakat setempat salah faham terhadap tindakannya namun berikutan rasa tanggungjawab dia tidak menghiraukan persepsi tersebut terutama ketika berhadapan situasi anak anjing terjatuh di dalam longkang.
“Takut juga anjing itu mati, jadi Niza kenalah menyelamatkannya. Bagaimanapun, bagi tujuan kebersihan, Niza sentiasa membawa sabun khas untuk tujuan menyamak.
“Sekarang lebih seronok bila rakan-rakan yang takutkan kucing sudah semakin mesra dengan kucing. Malah, ada rakan yang dahulunya takut dengan anjing, kini sudah boleh menemani Niza ketika memberi makanan kepada anjing terbiar," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan