KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
berkata, beliau mahu mengambil tempoh untuk bertenang dan kembali
rasional sebelum membuat sebarang keputusan.
Muhyiddin juga menegaskan bahawa beliau tidak akan berhenti berjuang demi rakyat dan negara tercinta ini.
"Perkara ini baru saja saya hadapi. Jadi, bagilah saya sedikit masa dan ruang untuk saya betulkan balik kedudukan saya supaya saya bersikap rasional, bertanggungjawab... penting untuk apa-apa yang saya lakukan pada masa-masa akan datang. Itu memerlukan saya mengambil sedikit masa...Apa yang perlu dibuat, dilaksanakan.
"Sebelum ini saya sudah melaksanakan apa yang saya fikir terbaik untuk parti baik dari segi mahu mengukuhkan perpaduan dalam parti, kukuhkan perpaduan dalam kalangan orang Melayu dan rakyat Malaysia (dan)melaksanakan segala dasar-dasar supaya rakyat akan terus menyokong kita.
"Jadi, hal-hal sebegini akan saya teruskan walaupun terbatas kerana saya tidak lagi menjawat jawatan TPM, ini tidak menjadi halangan atau kekangan untuk saya meneruskan," katanya pada sidang media di kediamannya, hari ini.
Menjawab soal perancangannya untuk menyertai perjuangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau memberitahu perkara itu tidak begitu penting.
"Soal sama ada saya satu platform dengan Tun Mahathir Mohamad, bagi saya tidak begitu penting.
"Saya fikir bukan sahaja Tun Mahathir, rakyat pun mahu supaya kita (pemimpin) buat perkata yang difikirkan perlu untuk negara," katanya.
Namun katanya, pandangan Dr Mahathir perlu diberi perhatian dan barisan pemimpin perlu bersikap terbuka dalam hal itu.
"Apa pun pandangan seperti tokoh lama, bekas perdana menteri tidak boleh kita ketepikan. Beliau ada pandangan dan beliau masih lagi cergas untuk memberikan sumbangan.
"Bagi saya kita harus bersikap terbuka dan jangan memandang serong terhadap pandangan sesiapa pun termasuk Tun Mahathir asalkan niat dan tujuannya adalah untuk kebaikan negara," katanya.
Beliau yang hadir ke sidang media itu ditemani isterinya, Puan Sri Noorainee Abd Rahman turut meluahkan bahawa apa yang menimpa dirinya itu tidak penting sebaliknya negara, rakyat dan parti kini menjadi keutamaan beliau.
"Mengambil kira tugas dan tanggungjawab saya dalam parti, saya kata saya tidak harus memikirkan soal apa yang telah berlaku terhadap saya hingga ganggu tugas saya sebagai timbalan presiden parti.
Saya harus sedar, masalah yang penting bukan saya. Masalah yang penting adalah parti, masa depan rakyat.
"Jadi, kita tidak seharusnya terganggu dengan apa yang berlaku terhadap diri saya. Kerana saya nak tunjukkan bahawa walau saya berdepan ini semua, bagi saya yang penting adalah parti... masa depan negara. Jadi, saya akan laksanakan apa yang harus saya laksanakan. Saya tidak akan terganggu dengan apa yang berlaku ke atas saya saat ini," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan