Menurutnya, ucapan tahniah kurang sesuai diucapkan kepada pemimpin-pemimpin tersebut kerana jawatan itu satu amanah dan beban.
“Jawatan ialah tanggungjawab, amanah dan beban. Ia bukan hadiah, kemuliaan atau pun kemegahan.
“Justeru, kurang tepat mengucapkan tahniah kepada pemegang jawatan seolah-olah berjaya mencapai sesuatu kemenangan,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, hari ini.
Jelasnya, ucapan yang baik untuk pemimpin yang dipilih adalah selamat bertugas atau selamat berkhidmat.
Haruslah kita selalu ingat-mengingati bahawa, setiap pelantikan jawatan pemimpin mestilah diinsafi sebagai 'taklif' (tanggungjawab amanah) bukannya tasyrif (hadiah kemasyhuran).
“Ucapan yang paling baik sudah tentulah selamat bertugas atau selamat berkhidmat. Dari rakyat, untuk rakyat dan demi rakyat,” katanya.
Sementara pemimpin-pemimpin itu pula boleh memohon didoakan dapat melaksanakan tugasnya pada landasan yang benar.
“Manakala yang menerima amanah pula menjawab dengan memohon semua pihak mendoakannya melaksanakan tanggungjawab di atas landasan yang benar.
“Itulah teladan yang dicontohkan semua Khulafa' Ar Rasyidin bermula dari Khalifah Abu Bakar As Siddiq.Itulah ketinggian nilai integriti yang kita harapkan dari setiap peringkat kepemimpinan.
Semoga integriti menjadi pakaian utama setiap pemimpin,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan