HALAMAN SANTAI

Khamis, 30 Julai 2015

PM Britain hantar wakil temui pembangkang

MALAYSIAKINI


 


Perdana Menteri Britain David Cameron menghantar penasihatnya bertemu dengan pemimpin pembangkang Malaysia semasa lawatan beliau di sini bermula hari ini.

Harian The Guardian melaporkan Cameron menghantar penasihat keselamatan negara itu Kim Darroch untuk mengadakan pertemuan itu ketika kerisauan mengenai dakwaan skandal membabitkan Datuk Seri Najib Razak semakin mendalam.

Cameron (gambar) turut dikritik kerana tidak membatalkan lawatan ke Malaysia memandangkan kegawatan semasa politik negara ini.

Selain itu, Najib turut meminggirkan pengkritiknya termasuk memecat timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, Cameron mempertahankan lawatan berkenaan dengan berkata, isu itu akan dibicangkan dalam siri lawatan rasmi ke rantau ini.

"Meneruskan lawatan ini adalah tindakan yang betul.  Rasuah adalah  isu di rantau ini dan tempat lain di dunia. Saya fikir membatalkan lawatan tidak akan membantu. Adalah lebih baik untuk datang dan bercakap mengenainya," katanya.

Cameron berkata, tiada apa-yang apa harus ketepikan dan pemimpin negara perlu mengadakan perbincangan mengenai, termasuk isu yang dibangkitkan.

"Kita sentiasa mengadakan perbincangan dengan tokoh masyarakat sivil, aktivis antirasuah, pemimpin pembangkang dan pihak lain," katanya dipetik media itu.

The Guardian melaporkan bahawa Darroch akan bertemu Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, yang merupakan anak kepada bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Cameron turut terkait secara tidak langsung dalam krisis 1MDB apabila pemilik Sarawak Report, Claire Rewcastle-Brown - merupakan kakak ipar kepada perdana menteri sebelum ini, Gordon Brown - mahu beliau mendesak Najib untuk menghentikan sekatan terhadap portalnya.


Tiada ulasan: