SINAR HARIAN
KUALA NERUS - Masyarakat ilmuan berharap rakyat Malaysia mampu
bertenang berhubung rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak semalam kerana ia merupakan satu amalan biasa dalam
negara demokrasi.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, rombakan itu merupakan perkara biasa dan Perdana Menteri sebagai peneraju mempunyai prerogatif untuk menyusun barisan bagi membawa negara ke hadapan.
"Saya berharap kedua-dua pihak baik kepada yang tidak menyertai kerajaan mahupun yang dalam kerajaan, berjiwa besar untuk terus membawa negara kehadapan dengan cemerlang.
"Yang paling penting rakyat dan negara harus menuju dengan lebih gagah dan menjadi agenda pembangunan negara, memakmurkan dan mensejahterakan rakyat itu yang paling penting," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri program 'Advokasi Ilmuan MPN Islam Tergugat?' di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) yang turut dihadiri Naib Canselor Unisza, Prof Datuk Dr Yahaya Ibrahim.
Dr Raduan berkata, MPN berazam untuk bersama-sama dengan kerajaan dengan memikirkan bagaimana cara negara ini boleh dibangun dan dimajukan.
Mengenai kewujudan Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan, Dr Raduan berkata, MPN sangat mengalu-alukan sebab selama ini pihaknya sudah terbiasa dengan dua kementerian yang sangat berfokus iaitu segmen pendidikan dan segmen pengajian tinggi.
"Saya sangat mengalu-alukan pemisahan dua kementerian ini supaya kita boleh memberi lebih fokus kepada kedua-dua segmen itu," katanya.
Katanya, kalau boleh input-input perlu ditambah daripada kumpulan profesor terutama dalam kementerian pengajian tinggi supaya ia dapat melonjakkan lagi pencapaian sektor pengajian tinggi.
Sementara itu Dr Yahya bersetuju dengan pendapat Dr Raduan yang rombakan kabinet merupakan perkara lumrah.
Bagaimanapun katanya, rombakan kali ini ada sedikit kelainan apabila ada pengguguran dan pelantikan Timbalan Perdana Menteri.
"Perkara ini bukan luar biasa yang mana pada zaman Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) dulupun ada tiga kali pengguguran Timbalan Perdana Menteri dan rakyat masih menerima apa saja keputusan kerajaan," katanya.
Dr Yahaya berkata, tindakan yang diambil Najib adalah tindakan yang tepat kerana beliau memerlukan satu pasukan Kabinet yang perlu memberi sokongan 100 peratus di atas apa-apa keputusan yang dibuat.
Beliau berharap susunan Kabinet baru itu dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik dan cemerlang kerana memang ada sedikit kesukaran apabila penggabungan semula itu dibuat. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan