HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 Julai 2015

'Kabinet baru tingkatkan keyakinan awam'

MALAYSIAKINI


 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak percaya kabinet barunya, yang menyaksikan pengguguran timbalannya Tan Sri Muhyidin Yassin, akan meningkatkan keyakinan awam.

“Saya yakin bahawa, masa berlaku, kabinet baru ini akan meningkatkan keyakinan awam terhadap kerajaan dan BN menjelang pilihan raya umum ke-14,” katanya.

Najib juga menegaskan bahawa kepentingan rakyat dan negara amat penting.

“Tiada yang lebih penting daripada keperluan Malaysia dan rakyatnya – saya akan sentiasa letakkan kepentingan itu mengatasi segala-galanya,” katanya.

Najib berkata kabinet akan memastikan kerajaan mempunyai kekuatan dan perpaduan untuk menumpukan kepada usaha membangunkan negara ini dan mendepani sebarang cabaran.

“Susulan mandat yang diberikan secara demokratik kepada kerajaan BN dalam pilihan raya umum 2012, menjadi tugas saya untuk memastikan kerajaan menyempurnakan program transformasi,” tambahnya.

Beliau menegaskan kabinet haruslah bertindak sebagai satu pasukan yang padu.

Najib hari ini membuat keputusan drastik menggugurkan Muhyiddin selepas beliau dilihat lantang memberikan komen negatif terhadap syarikat pelaburan kontroversi negara 1MDB.

Tempat Muhyiddin digantikan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi.


Tiada ulasan: