HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 Julai 2015

'Saya pegang jawatan sepenggal saja lagi'

MALAYSIAKINI


 


Pemimpin lantang Umno Wilayah Persekutuan Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menjelaskan beliau akan memegang jawatan sebagai ketua Umno Cheras cuma sepenggal lagi.

Beliau mengaku sudah lama memegang jawatan itu tetapi tidak dapat melakukannya pada masa ini kerana perwakilan meluluskan usul mahukan beliau kekal.

"Saya dah lama pegang ketua Umno bahagian, dah berpuluh tahun dah, memang nak undur, saya nak beri peluang kepada timbalan saya, umur dia pun tua daripada saya," katanya.

Syed Ali menjelaskan pandangan sinis beliau membuat pusingan u dengan menarik balik hasrat berundur sebagai ketua Umno Cheras.

"Saya tak buat u-turn pegang ketua bahagian, tetapi itu atas kehendak perwakilan parti," jelas Syed Ali Alhabshee.

Di hadapan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, malam tadi, Syed Ali berkata perwakilan telah meluluskan usul mahukan beliau kekal sebagai ketua Umno Cheras.

Oleh sebab itu tegasnya, beliau akan memikul tanggungjawab itu sebaik mungkin kerana itu merupakan amanah.

"Amanah kita kena pikul, kita kena jawab di akhirat kelak, ahli-ahli Umno juga kena jawab di hadapan Allah SWT," tegasnya seperti dilaporkan blog Umno bahagian itu.


Tiada ulasan: