HALAMAN SANTAI

Jumaat, 31 Julai 2015

Kuasa veto tidak jejaskan hubungan Malaysia-Rusia

SINAR HARIAN


mh17


KUALA LUMPUR - Rusia yakin tindakannya menggunakan kuasa veto terhadap resolusi yang dirintis Malaysia untuk menubuhkan tribunal jenayah antarabangsa bagi insiden menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 tidak akan menjejaskan hubungan kedua-dua negara.

Duta Rusia ke Malaysia, Valery Yermolov berkata penggunaan kuasa veto itu tidak akan menjejaskan sokongan Rusia kepada Malaysia dan negara lain yang mahukan  keadilan untuk mangsa, sebaliknya ia bertujuan menghalang tragedi itu daripada dipolitikkan sesetengah pihak.
"Harapan dan undian kami di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu bukan kerana menentang Malaysia."

Rusia, pada 29 Julai lepas, menggunakan kuasa veto untuk menghalang cadangan lima negara yang dirintis Malaysia, untuk menubuhkan tribunal jenayah  antarabangsa bagi membicarakan mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh penerbangan MH17 tahun lepas.
Yermolov berkata Rusia akan menyokong sebarang langkah oleh negara terlibat untuk mendakwa mereka yang terbabit dengan tragedi itu sebaik keputusan siasatan diperolehi.

Kesemua 298 penumpang dan anak kapal penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terkorban apabila pesawat itu ditembak jatuh di Donetsk di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lepas. - Bernama

Tiada ulasan: