MALAYSIAKINI
Pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan berkaitan 1MDB akan meneliti
video bocor Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ditanya sama ada maklumat baru itu akan dikendalikan oleh pasukan
petugas berkenaan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar
menjawab: "Ya".
Bagaimanapun, beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai video tersebut, yang telah tersebar luas.
"Saya tidak akan mengulas siasatan ke atas 1MDB kerana ada pasukan petugas yang uruskannya.
"Saya takkan buat apa-apa ulasan," katanya berulang kali, ketika ditanya sama ada pihak polis akan menyiasat dakwaan tersebut.
Khalid adalah anggota pasukan petugas khas itu, yang juga dianggotai
oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara.
Dalam klip video selama 57 saat, Muhyiddin mendakwa bahawa Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengakui RM2.6 bilion telah
dipindahkan ke dalam akaun peribadinya.
Muhyiddin berkata demikian ketika bertemu dengan beberapa tetamu di
rumahnya pada hari Selasa selepas Najib menggugurkannya dari kabinet.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan