MALAYSIAKINI
Seorang bayi lelaki berusia setahun maut setelah secara tidak sengaja
dilanggar kereta yang sedang diundurkan bapanya di Kompleks Perumahan
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kuantan pagi semalam.
Menurut Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)
Pahang, ASP Zainalabidin Othman, mangsa Azeem Iskandar Ridzdwan maut
semasa dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Tengku Ampuan Afzan di
sini.
Katanya kejadian berlaku pada pukul 8 pagi ketika bapa mangsa yang
berumur 43 tahun yang juga anggota TLDM sedang mengundurkan kenderaan
MPV untuk ke tempat kerja.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan