HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 Julai 2015

Saya kena lepas jawatan PAC, kata Jazlan

MALAYSIAKINI


 


Berikutan perlantikannya sebagai timbalan menteri dalam negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, beliau akan terpaksa melepaskan kedudukannya sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC).

Beliau juga memberitahu bahawa prosiding jawatankuasa itu mengenai 1MDB pada bulan Ogos akan ditangguhkan.

Ini ekoran pelantikan empat anggota PAC sebagai menteri atau timbalan menteri.

Tiga lagi ahli Parlimen BN ialah Datuk Reezal Merican Naina Merican, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Datuk Wilfred Madius Tangau.

"Semua prosiding yang telah diatur untuk bulan Ogos, termasuk 1MDB akan dihentikan sehingga barisan anggota baru PAC diumumkan pada sidang Dewan Rakyat akan datang," beliau dilaporkan sebagai berkata.

Sidang Dewan Rakyat seterusnya ialah pada bulan Oktober.

PAC dijadual mendengar daripada Presiden 1MDB Arul Kanda, bekas CEO 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Mohd Hazem Abdul Rahman minggu depan.

Kemudian pada pertengahan bulan Ogos, PAC sepatutnya memanggil dua pengarah 1MDB - Mohd Bakke Salleh dan Azlan Mohd Zainol - yang berhenti pada tahun 2009.

PAC juga telah memanggil hartawan perniagaan Jho Low melalui Kementerian Kewangan.

Berikutan kenyataan Nur Jazlan itu, maka ia tidak pasti sama ada saksi masih mengiktiraf kesahan PAC dan hadir.

Kabinet telah mengarahkan PAC menyiasat kontroversi 1MDB, di samping audit dilakukan oleh Jabatan Audit Negara.


Tiada ulasan: