UCAPAN Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin
Yassin ketika berucap pada majlis penutup mesyuarat Umno Bahagian Cheras
di Kuala Lumpur pada Ahad malam ternyata menghangatkan lagi pentas
politik negara.
Selain liputan meluas media yang menjadikan kenyataan Timbalan Perdana
Menteri itu sebagai tajuk utama berita, turut menjadi viral adalah
intipati ucapan Muhyiddin termasuk di aplikasi WhatsApp.
Tinjuan Sinar Online mendapati intipati ucapan itu disebarkan sejak
awal pagi tadi, sejurus kenyataan 'benar tetapi pahit' ini disampaikan
oleh Muhyiddin, malam tadi.
Terdapat enam intipati ucapan yang didakwa disampaikan oleh Muhyiddin seperti yang tersebar iaitu:
1. Rakyat meluat dan gelisah melihat melihat isu-isu dalam negara yang masih tidak diselesaikan oleh pemimpin.
2. Kita tidak boleh berbohong pada rakyat. Kita perlu terima hakikat
rakyat dibawah ingin tahu isu 1MDB degan segera. Mereka ingin tahu
hutang 1MDB RM42b, laporan WSJ terhadap wang yang masuk dalam akaun
Presiden, mengapa tindakan tidak diambil ke atas lembaga pengarah,
pengurusan dan lembaga penasihat yang telah menyebabkan 1MDB berhutang
sehingga RM42b.
3. Isu ekonomi menjadi masalah utama. Isu kos sara hidup, GST, masalah
perumahan, pengangguran, jenayah dan lain-lain. Isu-isu ini masih tidak
ditangani ditambah lagi pula deagn bebanan hutang 1MDB.
4. Kita tidak mengurus persepsi deagn baik. Kita salahkan rakyat
menuduh pemimpin sedangkan pemimpin tidak buat apa-apa untuk meredakan
persepsi buruk ini. Pemimpin cakap sahaja tetapi tiada tindakan.
5. Umno kehilangan 'wow' factor. Umno sudah tidak dihormati oleh ahli
dan rakyat seperti dulu. Pemimpin tertinggi umno sudah hilang
kepercayaan. 'Trust deficit' parti bertambah besar. Ahli-ahli Umno
sendiri tidak yakin kita boleh meyakinkan rakyat untuk PRU 14.
6. Marilah kita cari jalan bagaimana kita boleh kembali semula ke
pangkal jalan. Kalau pemimpin buat silap mohon maaf dan cari jalan
menyelesaikan masalah. Jangan kita masih menidakkan apa yang benar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan