KUALA LUMPUR, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta pihak polis menghentikan penyebaran khabar angin yang disiarkan laman web Sarawak Report hari ini.


Beliau dalam Tweet terbarunya mengulas mengenai penyebaran satu kertas pertuduhan oleh laman web Sarawak Report yang didakwa dibuat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Laporan-laporan sebegini yang tidak sah asal usulnya akan mengelirukan orang ramai. @PDRMsia minta hentikan khabar angin ini,” katanya dalam Tweet terbaru hari ini merujuk kepada artikel yang disiarkan laman web itu bertajuk, ‘Arrest warrant for the Prime Minister – The real reason the Attorney General was fire – exclusive‘.
048cb39a64fd9d17be9942f3395e99b376935263
Kertas pertuduhan yang turut dilampitkan dalam artikel yang disiarkan laman web Sarawak Report.
Turut dilampirkan bersama artikel berkenaan adalah kertas pertuduhan terbabit.

Laman web berkenaan turut mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail sedang dalam proses merangka kertas pertuduhan terbabit yang menyebut ‘Pendakwa Raya lawan Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Dato’ Shamsul Anuar bin Sulaiman’.

Laman web terbabit (Sarawak Report) turut mendakwa dokumen itu dihantar kepada mereka berikutan pengguguran Abdul Gani sebagai Peguam Negara minggu ini.

Sementara itu, Abdul Gani ketika dihubungi The Rakyat Post bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkara itu.

“Saya tidak akan mengulas, sila hormati kehendak saya,” katanya.