HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 Julai 2015

Muhyiddin yakin kedudukan dalam parti tak tergugat

Muhyiddin Gugur
Muhyiddin 
 
 
KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin semua Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno berfikiran waras dan tidak akan menggugurkannya daripada parti.
 
Beliau berkata, akan terus menjalankan tugas seperti biasa sebagai Timbalan Presiden Umno walaupun bukan menjadi orang nombor dua dalam kerajaan.
 
"Tidak, saya tidak fikir kedudukan saya tergugat. Saya sudah lama dalam parti dan tugas dalam parti saya tidak akan abaikan," katanya pada sidang media di kediamannya sebentar tadi.
 
Susulan pengguguran beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri semalam,  ramai yang menjangkakan yang beliau bakal dipulaukan dalam mesyuarat MT Jumaat ini.
 
Ditanya adakah beliau akan hadir pada mesyuarat itu dan sedia bekerjasama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai presiden parti.
 
Muhyiddin berkata, beliau akan hadir dan tiada masalah untuk teruskan kerjasama dengan Najib bagi memperkukuhkan Umno.
 
"Saya akan uruskan hal-hal biasa, saya tidak bimbang untuk hadir. Saya sudah lama (dalam parti) dan saya percaya mereka (MT) akan bersikap adil dan memberi peluang kepada saya di atas setiap pandangan.
 
“Saya tidak jangka ada sesuatu yang luar biasa (Jumaat ini)," katanya.
 
 

Tiada ulasan: