HALAMAN SANTAI

Rabu, 29 Julai 2015

Apandi pertahan langkah tamatkan khidmat Gani

MALAYSIAKINI


 


Penamatan perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail selaku peguam negara semalam dibuat mengikut perlembagaan, kata penyandang jawatan itu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali .

Malah, menurut Mohamed Apandi, Perkara 145(6) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa peguam negara tidak boleh dipecat melainkan berdasarkan sebab dan kaedah pemecatan Hakim Mahkamah Persekutuan tidak terpakai.

Sebaliknya, kata beliau, peruntukan tersebut hanya terpakai kepada peguam negara pada 1959 - 1963, iaitu Cecil M Sheridan.

"Di bawah Artikel 145 yang sedia ada (5) Peguam Negara memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Oleh itu cara penyingkiran yang disebut dalam Fasal (6) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai bagi peguam negara dilantik selepas 16 September 1963," Mohamed Apandi, dalam kenyataan rasmi pertamanya sebagai peguam negara, hari ini.

Menurut Apandi, yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu lagi Abdul Gani sendiri tidak menolak bahawa perkhidmatannya sebagai peguam negara "ditamatkan".

"Dalam isu ini, Abdul Gani secara jelas tidak dipecat atau diturunkan pangkat dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan," katanya.


Tiada ulasan: