HALAMAN SANTAI

Khamis, 30 Julai 2015

Dokumen tidak penting di tingkat 10 yang terbakar - Bukit Aman

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Dokumen yang musnah dalam kebakaran di tingkat 10 menara dua Bukit Aman, petang semalam adalah kertas yang akan dilupuskan dan bukan dokumen penting.
 
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, berkata kertas dan dokumen berkenaan pada mulanya diletakkan di kawasan koridor tingkat 10, iaitu sebelum kejadian kebakaran itu berlaku.
 
Beliau berkata kertas serta dokumen itu sememangnya tidak penting dan akan dilupuskan.
 
"Punca sebenar kebakaran masih lagi disiasat pihak bomba," katanya ketika ditemui di menara dua Bukit Aman, sebentar tadi.
 
Dalam kejadian lewat petang itu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan jam 7.20 malam sebelum berjaya mengawal kebakaran kira-kira 30 minit kemudian. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
 
 

Tiada ulasan: