HALAMAN SANTAI

Jumaat, 31 Julai 2015

Rakaman suara babit MB N9 disiasat

SINAR HARIAN


Mohamad Hasan


SEREMBAN - Polis Negeri Sembilan telah membuka kertas siasatan berhubung kes rakaman audio yang memfitnah Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Asisten Superintendan Nor Azman Muhammad Yusof berkata siasatan telah dimulakan semalam.

"Sejumlah 32 laporan polis berhubung rakaman audio tersebut telah diterima oleh pihak polis dan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana melakukan fitnah," katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Semalam, Mohamad dalam satu kenyataan ringkas telah menafikan bahawa rakaman audio yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah
suaranya.

Mohamad menegaskan yang dia tidak ada kena mengena dengan rakaman audio tersebut dan pengakuan yang dibuat oleh individu dalam rakaman video berdurasi
1.54 minit itu. - Bernama


Tiada ulasan: