HALAMAN SANTAI

Khamis, 30 Julai 2015

Azalina Gesa Tangani Isu Guna Media Sosial

RAKYATNEWS


alt


KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baharu dilantik, Datuk Seri Azalina Othman Said menggesa Putrajaya agar menangani isu-isu yang dibangkitkan rakyat menerusi media sosial secara positif.

Memetik laporan Utusan Malaysia hari ini, Azalina berkata rakyat kadang kala mempunyai pandangan berbeza daripada pendirian kerajaan dalam sesuatu perkara.

"Saya fikir kerajaan perlu mengambil tahu isu-isu yang dibangkitkan dalam media sosial dan menjadikannya sebagai agenda perjuangan.

"Kita juga perlu mengubah cara kita menangani senario itu dengan melihatnya sebagai satu kebaikan dan bukannya keburukan," beliau dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata demikian selepas mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara, semalam.


Tiada ulasan: