HALAMAN SANTAI

Khamis, 30 Julai 2015

Remaja perempuan ditahan dengan lebih 1,000 pil kuda

ADNAN MOHAMAD 


Remaja perempuan ditahan dengan lebih 1,000 pil kuda
Abdul Rozak menunjukkan dadah dan senjata api tiruan hasil serbuan di sebuah rumah di Kampung Dalam Rhu, Pasir Puteh, semalam. - Foto ihsan PDRM

 

PASIR PUTEH, Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun antara tiga yang ditahan polis bersama lebih 1,000 biji pil kuda serta tiga paket ketulan kristal di sebuah rumah di Kampung Dalam Rhu dekat Cherang Ruku, di sini, jam 2.30 petang kelmarin.

 

Dua lagi yang ditahan adalah seorang perempuan berusia 23 tahun dan remaja lelaki berusia 19 tahun.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, serbuan dilakukan oleh sepasukan lapan anggota selepas mendapat maklumat dan intipan.

Beliau berkata ketika serbuan dilakukan seorang lelaki berada di ruang tamu manakala dua perempuan bersembunyi di dalam bilik.

“Hasil pemeriksaan di dalam bilik polis menemui beg sandang berisi senjata jenis berambut, satu beg kecil dan di dalamnya mengandungi lebih 1,000 biji pil kuda dan tiga paket plastik cerah mengandungi ketulan kristal,” katanya.

Tiada ulasan: