HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Julai 2015

Mohon semua pihak sabar tunggu siasatan 1MDB

SINAR HARIAN



Adnan Yaakob
Adnan Yaakob


KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menggesa semua pihak agar bersabar dan jangan membuat sebarang spekulasi mengenai hasil siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau mengambil maklum semua pihak kini berada dalam kekeliruan berikutan terlalu banyak maklumat yang dikongsi mengenai isu berkenaan secara terbuka khususnya di media arus perdana dan sosial.

"Kita tunggu lah...siasatan sedang dibuat oleh 'pasukan petugas' dan tunggulah rumusan yang dibuat hasil dari siasatan berkenaan.

"Saya faham zaman IT (teknologi maklumat) ini semua celaru, semua benda jadi tidak terkawal tapi saya nasihatkan agar kita perlulah berfikir sesuai dengan keadaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran Lembaga Kemajuan Perusahaan Perladangan (LKPP) Negeri Pahang di sini hari ini.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam mengeluarkan kenyataan media agar semua pihak lebih-lebih lagi anggota pentadbiran kerajaan menunggu hasil siasatan ke atas 1MDB sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Menurut kenyataan itu, anggota pentadbiran kerajaan perlu mengelak daripada melakukan sesuatu yang boleh mengeruhkan persepsi rakyat terhadap Putrajaya dan Umno. – Bernama

Tiada ulasan: