HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Julai 2015

Jazlan: Ia terpulang pada pasukan audit

MALAYSIAKINI


 


Ia terpulang kepada Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang untuk untuk mendedahkan kepada umum laporan interim siasatan Jabatan Audit Negara terhadap 1MDB, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed.

PAC tidak menyediakan laporan itu dan juga bukan miliknya, kata Nur Jazlan ketika dihubungi semalam.

"Anda tanya Ketua Audit Negara. Jika Tan Sri Ambrin Buang membuat keputusan untuk mengumumkan laporan itu, maka tidak ada masalah. Laporan itu telah siap," katanya kepada Malaysiakini.

Laporan audit interim itu telah dikemukakan kepada PAC pada 9 Julai. PAC tidak dibenarkan untuk mendedahkan laporan interim itu sehingga ia menyerahkan laporannya kepada Parlimen.

Difahamkan bahawa laporan interim itu tidak dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Gesaan supaya laporan interim itu diedahkan kepada umum dibuat ekoran dakwaan Menteri Kewangan II Datuk Ahmad Husni Hanadzlah bahawa laporan interim telah membersihkan 1MDB daripada sebarang salah laku.

Berikutan itu, MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua, yang mempunyai akses kepada laporan itu sebagai anggota PAC, mencabar dakwaan Husni tersebut.

Pua mendakwa laporan interim itu menangani dakwaan Sarawak Report dan dakwaan bahawa laman web itu menggunakan dokumen yang diubahsuai untuk membabitkan 1MDB.

Ketika ditanya mengenai komen Pua itu, Nur Jazlan hanya berkata: "Itu pendapat beliau."

Setakat ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Reezal Merican Naina Merican telah menggesa supaya laporan interim itu didedahkan kepada umum.

Nur Jazlan, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, enggan mengulas mengenai pendirian Muhyiddin dan Reezal itu.




Tiada ulasan: